Petik Jari

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PETIK JARI

Ringan
Bila-bila asal mahu
Bila sahaja perlu
Ya
Petik jari

Memang mudah
Macam meludah
Macam makan kacang sambil ketawa berdekah-dekah
Namun perlu dilihat tempatnya
Mesti diperhati dengan siapa
Untuk apa

Hidup tidak semudahnya petik jari
Walau mahunya begitu
Walau cuba-cuba dulu
Ya
Tidak mudah

Petik jari
Siapa pun diri
Jangan mudah-mudah sahaja
Jangan juga sentiasa
Boleh jadi ada yang mencuka
Buang dan bermasam muka
Murka sentiasa juga

Petik jari
Nanti
Tunggu di syurga
Di dunia ini bukan tempatnya
Biarpun mampu
Biarpun layak begitu
Takut nanti petik jari
Membinasakan diri

related image
Petik Jari | Kredit Gambar Google

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. nice sharing.. thanks kak PC for reminding

    BalasPadam
  2. thanks PC selalu up posting reminder
    XOXO =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .Untuk mengingatkan diri sendiri juga.

      Padam
  3. Betul tu hidup tak semudah petik jari.. Disini medan bersusah susah

    BalasPadam
  4. Good sharing PC.. petik jari nampak mudah tapi sebaliknya.. sendiri mau ingat lah kan.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar risikonya kakinya Sue bila mudah petik jari ni. Lagi kalau tidak kena tempatnya.

      Padam
  5. Kdg2 bila kita terlalu anggap hidup ini mudah spt memetik jari, itulah antara sebab boleh buat jadi masalah.. huh..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama