TOLONG Jangan Kecualikan Diri

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

TOLONG JANGAN KECUALIKAN DIRI | Sebaik-baik makhluk yang Allah SWT cipta adalah manusia.Namun kerana besarnya nafsu yang terkadang mudah lebur dan hanyut..menyebakan manusia itu pada pandangan kasarnya menjadi punca atau sebab berlakunya banyak perkara yang tidak sewajarnya berlaku.TIDAK semua menjadi punca keburukkan.Kerana insan yang baik berada di mana sahaja dan masih ramai juga..inshaAllah.Aamiin.

Surah Al-Jumu'ah | Ayat 1

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Nyata sudah ada dalam Al Quran..justeru itu tolong jangan kecualikan diri daripada termasuk dalam kelompok atau golongan yang sentiasa mengucap tasbih kepada Allah SWT.

Lakukan aktiviti baik seperti biasa.Lunaskan setiap tugas atau tanggungjawab seperti mana seharusnya namun jangan itu dijadikan alasan pengecualian kerana ianya boleh disuburkan daripada hati juga.PC juga sentiasa bertatih ingatkan diri sendiri.Ada masa terleka juga.Ada detiknya macam Allah SWT uji engan kesibukkan dan keletihan hingga terputus tasbih kepadaNYA..Allahu Allah.

Andai manusia sentiasa teruja dan tidak mahu terlepas daripada melakukan atau libatkan diri dengan pelbagai perkara yang disukai..mengapa tidak pupuk semangat yang sama ketika mengucap tasbih kepadaNYA.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam jumaat. semoga hidup sentiasa diberkahi ALLAH.

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat PC.. Perkongsian yang bagus..

    BalasPadam
  3. Sungguh hati akan tenang bila mengingati Allah.. kita hamba, perlu banyak ingat DIA

    BalasPadam
  4. Semoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan org2 tidak sanggup mengecualikan diri dari sentiasa mendekati kepadaNya... aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama