Ya Allah.. Kurniakanlah..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

YA ALLAH.. KURNIAKANLAH


Rasa damai dihati
Rasa lapang difikiran
Moga khusyuk hambaMU bermunajat
Diketika saling berbicara
Dikala menyebut kalimah-kalimah indah
Allahuakbar

Ya Allah..kurniakanlah
Getar rasa takut azabMU
Getar rasa bimbang dengan duniawi
Getar mahu sentiasa mengejar redhaMU
Ya Allah

Usia ini moga tidak menjadi sia-sia
Nikmat dariMU  tidak menjadi minyak semarakkan api
UjianMU tidak menjadikan hambaMU lupa mensyukuri

Ya Allah..kurniakanlah
Keteguhan hati yang mewah rasa keimanan
Ketajaman fikiran yang waras membuat pertimbangan
Allahu Allah

Dari sisi mana pun
Moga kebaikkan yang mendekat
Moga keredhaan yang merapat
Moga hambaMU terus mendakap

#sama-sama mencari redha Allah swt


12 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.