Ad Code

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Berpesan-pesan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERPESAN-PESAN

Singgah sebentar ke rumah teman
Hantar kiriman daripada ibunya
Jangan jemu berpesan-pesan
Perkara baik tiada ruginya

Perkara baik tiada ruginya
Jangan disimpan sendiri sahaja
Saling menasihati perbuatan mulia
Demi untuk kebaikkan bersama

Demi untuk kebaikkan bersama
Tidak kira tua muda
Asal tahu cara pesannya
Niat yang baik sampai juga

Niat yang baik sampai juga
Cuma cepat dan lewat sahaja
Tidsk kira bagaimana caranya
Bantuan Allah pasti ada

Bantuan Allah pasti ada
Siapa sahaja Dia mahunya
Berpesan-pesan jangan jemu ya
Moga sama-sama menghuni syurgaNYA

#sama-sama mencari redha Allah




Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. betul tu.. apa yg baik kita kongsi utk manfaat bersama..

    BalasPadam
  2. BERPESAN PESAN KITA KEPADA KEBENARAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Supaya yang kurang tepat boleh diperbetulkan.

      Padam
  3. In syaa Allah
    Mudah2an kebaikan juga yang kita perolehi

    BalasPadam
  4. semoga kita semua dikurniakan syurga

    BalasPadam
  5. Berpesan pesan bagus untuk peringatan bersama. Iyelah manusia ni mudah lupa.

    BalasPadam
  6. In shaa Allah, berpesan2 kpd kebenaran dan berpesan2 dgn sabar.. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Ad Code

Responsive Advertisement