Ke Manalah Dilaburkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KE MANALAH DILABURKAN

Termenung sendiri
Kadang menjadi satu keresahan
Membawa menjadi ketakutan
Bila memikirkan
Ke manalah dilaburkan

Semua yang ada
Walau sedikit
Walau cuma biasa-biasa
Walau tidak seberapa sahaja
Tapi nanti di sana tetap tiada yang terlepas juga
Akan tetap ditanya itu ini dan bagaimana dulunya di dunia
Allahu Ya Rabb

Gelisah
Walau dirasa memperlakukan sehabis baik
Benar-benar sudah cukupkah kebaikkannya
Semua ada nilainya
Semua ada soalannya
Semua kena ada jawapannya

Apa dilaburkan
Ke mana dilaburkan
Bukan sebatas wang ringgit
Tidak sehanya emas permata
Jauh juga hanya berekar tanah yang ada

Ke manalah dilaburkan
Ilmu yang sedikit ini
Pancaindera yang dipinjamkan ini
Setiap inci jasad yang diamanahkan ini
Menggeletar jiwa ini
Membayabgkan azabnya narr(neraka)MU Ya Allah

Ya Allah
Bukalan lorong yang luas untuk hambaMU 
Melihat laluan-laluan yang benar
Untuk melaburkan setiap apa yang dipinjamkan

Aamiin.

related image
Ke Manalah Dilaburkan | Google Image

#sama-sama mencari redha Allah swt



22 comments:

  1. Moga kita dilimpahkan rezeki yg halal juga diberkati..

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie. Untuk keterangan lanjut sila layari
    http://www.zukidin.com/2019/11/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html.
    Terima kasih....

    ReplyDelete
  3. Semoga yang baik-baik aja untuk kita semua ya PC.. aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  4. MELABUR AMALAN BAIK UNTUK DJADIKAN BEKALAN KE SANA

    ReplyDelete
  5. Tahun depan nak start menyimpan semula dalam ASB, duit yang sedia ada dalam acc dah 5 tahun tak bertambah..hehehehe...kalau amaun banyak takpe la kan..ni ciput je..so kena la menabung kembali..anak dah makin besar..nanti nak guna utk persekolahan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat SA.Betul la..sikit-sikit kalau berterusan insha Allah makin hari makin bertambah jugakan..PC pun kena mula juga nampaknya ni.

      Delete
  6. Melabur untuk akhirat, kadang-kadang tewas juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PC ni selalunya tewas.Tu yang mrisaukan.TErmenubg sendiri gelisah hati.

      Delete
  7. Setiap tindakan, kata2 pun salah satu bentuk pelaburan yg bakal di tanya di sana nanti.

    ReplyDelete
  8. pelaburan dunia dan akhirat kena seimbangkan sama banyak . Dunia mungkin berguna pada masa akan datang atau pada waktu tua nanti ,insyaAllah kalau di berikan umur yang panjang . Untuk akhirat akan membantu kita untuk terlepas dari siksa neraka . Sama-sama kita seimbangkan pelaburan nie . Nice sharing PC .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.Dunia ada hubungannya nanti dengan akhirat.Kena jaga dua-dua.Kena jaga semua.

      Delete
  9. melabur dalam saham2 akhirat
    Dividennya berterusan menjadi bekalan kita di sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.InshaAllah Pakcik WP.Moga Allah terima setiap pelaburan kita.

      Delete
  10. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah ya PC. Lama tak berkunjung ke sini :)

    ReplyDelete
  11. Walaupun melabur wang ringgit di dunia jangan lupa pelaburan untuk saham akhirat kelak..
    Terima kasih PC atas peringatan ini..

    ReplyDelete
  12. Itu salah satu perkara yg kita semua bakal diaudit kelak.. takut bila memikirkan. Semoga lebih bnyk dilaburkan kpd perkara2 yg baik dari yg buruk tanpa kita sedari, Allahu..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.