Menyuntik Rasa Positif

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENYUNTIK RASA POSITIF | Positif menjana keperibadian yang bersih. Bersih segenap sudut. Pemikiran. Percakapan. Pergaulan. Mudahnya baik zahiriah mahupun batiniahnya putih..jernih.. tulus. Itu bila sentiasa positif. Tak dinafikan.. nak jadi orang positif tidak semudah terbalikkan telapak tangan. Tak semudah kelipkan kelopak mata.Tidak semudah itu. 



Menyuntik rasa positif pada diri perlukan proses yang lama dan panjang.Biarpun setiap kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang bersih dan suci.Banyak cara yang boleh diambil, dipilih dan kemudian dipraktikkan untuk positifkan diri.




Bersangka baik dengan Allah SWT nanti secara tidak langsung akan sentiasa bersangka baik dengan sesama makhluk.. InshaAllah.Kecuali kalau jelas diri disakiti..dianiaya..maka bertindaklah mengikut selayaknya. 




Hindarkan diri dari persekitaran yang negatif dengan mencari solusi terbaik iaitu mendekatkan diri atau mencari kawan dan memilih persekitaran yang dekatkan diri kita pada hal kebaikkan dan keberkatan. 




Luangkan masa untuk mendalami kalamullah dan membaca bahan bacaan yang merangsang diri supaya sentiasa pandang ke hadapan.Cari apa sahaja bahan serta rujukan yang boleh memotivasikan.




Seperti pokok yang perlu sentiasa disiram dan dibajai bila tiba masanya.. Begitu jugalah dengan diri manusia.Mesti sentiasa dirangsang dengan perkara-perkara baik supaya menjadi positif sentiasa. 




#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ye betul. Kadang-kadang kena sentiasa cari aura positif untuk lebih sihat dan berjaya.

    BalasPadam
  2. Betul tu. Hidup kena positif dan kena bersangka baik. In Shaa Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ianya menjadi sebab sentiasa melakukan perkara baik bila sentiasa positif.

      Padam
  3. POsitif pada perkara yang betul hasilnya juga akan jadi yang baik.

    BalasPadam
  4. InsyaAllah semoga kita semua berada dalam suasana yg positif

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah.Aamin kak.Dan positif itu dapat disebarkan juga.

      Padam
  5. Bila banyak mendekati dan berbicara dengan Allah, inshaAllah semuanya akan lebih positif dan dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Aamiin.Bersangka baik dengan Allah.Bersangka baik dengan sesama insan.

      Padam
  6. Solat adalah kunci utk recharge jiwa positif dlm diri kita... teringat pesan sorang ustaz dulu ttg membentuk jiwa positif ni. T kasih atas perkongsian ini PC.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama