Luka Berparut

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

LUKA BERPARUT | Ada tak luka tidak meninggalkan kesan parut.Jerawat zaman remaja pun eh parutnya bawa sampai ke tua.Bila tengok cermin senyum sendiri.Macam boleh imbas semua memori zaman remaja tang ting tong.Pergi sekolah sebiji jerawat tumbuh di hidung..merah menyala macam kena tumbuk.Apa ada hal..kawan lain pun sama..santai!!!.Anggap macam aksesori tanpa direlakan pada wajah.Huhuhuhu.Dalam hati Allah swt je yang tahu.

Maaf ya ini pendapat peribadi PC.Sekecil dan sehalus apa pun kalau namanya luka..ada parutnya cuma bezanya parut itu diskala mana.Ada parut boleh dihilangkan dengan kecanggihan teknologi dalam merawat..ada pula yang tidak mampu untuk dihilangkan parutnya dan kesan luka berparut ini sangat mendalam.

related image
Luka Berparut | Google Image

Luka berparut.Sangat mempengaruhi fikiran dan perasaan seseorang.Tidak mustahil dan jangan hairan juga boleh menganggu psikologi seseorang itu.Lebih-lebih lagi pada luka dan parut yang tidak pernah terlihat namun dirasai sepanjang hayat.Ianya mampu mengubah sikap seseorang yang menanggungnya secara perlahan-lahan.

Melukakan orang lain itu umpama meletak satu titik atau tanda hitam pada diri orang lain.Memaafkan itu satu kewajipan lebih-lebih lagi bila diminta untuk dimaafkan.Tetapi mampukah kita untuk memulihkan setiap parut yang sudah terjadi itu.Justeru mengapa mesti berhati-hati dalam setiap apa yang mahu dilakukan.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. luka masih berparut walaupun seumur hidup, walaupun sudah kering darahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. parut itu sukar dihilangkan Shu..kalau boleh dihilangkan pun mungkin mengambil masa yang lama.

      Padam
  2. ada orang kata..

    parut yang lama boleh berdarah kembali..

    inilah tanda-tanda belum move on

    BalasPadam
    Balasan
    1. mahu tidak mahu,,parut itu sering mengingatkan satu peristiwa.

      Padam
  3. Betul tu PC.. sbb tukan ada yg berkata, nak memaafkan tu mudah berbanding nak melupakan. Parut tu susah nak dihilangkan, wallahualam.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama