MUSUH

MUSUH | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Syukur atas segala pinjaman nikmat yang sementara.Disekeliling kita dipenuhi nikmat. Nikmat tetap nikmat biar sekecil kuman pun. Apatah lagi sebesar gajah pepatahnyanya begitukan... asal kecil je kuman... kalau besar je gajah. Bila gemok  je Perdu Cinta lah tu. Di ketika kita atau sesiapa sahaja menikmati nikmat .. tidak semuanya senang menerima dan melihatnya. Sedar atau tidak. Percaya atau ragu-ragu musuh itu sentiasa ada. Nyata atau berselindung sahaja bezanya.

Musuh.

Bukan auta. Musuh di zaman ini cerdik-cerdik sungguh. Bijak pandai. Sehinggakan tidak kita duga itulah musuh yang sebenarnya. Allahu. Sebenarnya itulah yang sangat-sangat berbahaya dan perlu dikhuatiri oleh kita semua. Ada mangsa. Ada pemangsa. Ada yang terkorban. Ada yang bahagia gembira mengorbankan. Zalim. Ya. Dengan taktik dan matlamat masing-masing. Asal tercapai matlamat. Janji puas hati yang lain ada aku kesah. Lupa la tu .. Allah kisah .. malaikat ambil tahu .. faham!

Adakah benar musuh itu tiada baiknya.. musuh ada bermacam jenis. Ada yang tegar menjadi musuh hingga alam ini musnah hancur lebur menjadi debuan ( kiamat). Eh, ada juga musuh yang boleh menjadi sahabat. Tidak kurang yang di atas pagar.. spesis berkepentingan ni nampaknya.. boleh jadi baik sekelip mata.. boleh jadi musuh bila-bila masa.

Allah cipta watak musuh itu tidak sia-sia. Ada pelajaran yang boleh kita tuntut. Ada pengajaran boleh kita iktibarkan.

1)Kenalpasti musuh dan didik melalui tauladan.
2)Pantau pergerakkannya dan usahakan tidak terjebak dengan agendanya.
3)Ada ketika perlu dengar strateginya kerana ianya membantu juga untuk kita berjaga-jaga.
4)Berlisanlah dengan baik. Doa moga Allah SWT lembutkan hatinya.


musuh

Tinta Perdu Cinta ❤
MUSUH


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama