KITA IKHTIAR DAN TUHAN IZIN TIADA YANG MUSTAHIL

KITA IKHTIAR DAN TUHAN IZIN TIADA YANG MUSTAHIL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BERSANGKA BAIK. Jujur, tidak mudah. Akan ada perlawanan perasaan dan fikiran. Sama ada bersangka baik sesama manusia atau bersangka baik dengan Allah swt. Kerana rasa curiga atau waswas itu selalu ada dalam hati dan fikiran kita. Termasuklah sikap kita yang sering mempertikai mengapa dan kenapa.

Mengapa dan kenapa tidak sesuai kita bertanya kepada Allah swt. Kalau nak tanya mengapa dan kenapa dengan sesama kita hamba tidak mengapa. Tapi tidak dengan DIA. Sebab itu tanda mempertikai apa yang telah diberikan. Apa yang telah ditetapkan dan apa yang telah kita terima dan nikmati pun. Tapi itulah kita ni manusia. PC pun kadang macam tu juga. Kadang dalam doa. kadang bemonolog sendiri mulut ringan sangat. Kan bagus kalau..kenapalah.. Dan macam-macam lagi. Kena istighfar banyak-banyak. Dah banyak sangat dosa ni. 

Kita ikhtiar dan Tuhan izin tiada mustahil. Mimpi kita akan terwujud, jika kita mempunyai semangat dan keberanian untuk mengejarnya. Berangan-angan tidak salah. Percuma pun. Cuma nak jadikan kenyataan itu perlukan modal. Mesti ikhtiar dengan cara kita yang dibenarkan. Sebab ada jugakan orang ikhtiar dengan cara yang kurang tepat.

KITA IKHTIAR DAN TUHAN IZIN TIADA YANG MUSTAHIL

Ragu. Sekali, dua kali dan tiga kali. Atau mungkin berkali-kali. Gagal lagi dan lagi. Atau mungkin macam tidak yakin menjadi. Nanti dulu, bawa bersabar ok. Percaya satu. BILA DIA MAHU TAK ADA YANG MUSTAHIL. Tidak mustahil untuk berjaya dan tidak mustahil untuk kurang berjaya atau gagal. Itu semua bukti kekuasaanNYA. PC yakin semua orang pun dah tahu akan hal ini cuma mungkin kadang-kadang terlupa.

Banyak yang mustahil bagi manusia melakukannya tapi tidak bagiNYA. Sampai bila-bila ya. Harap maklum. Ada orang jatuhnya di awal dan ada orang tewasnya di akhir. Tidak diketahuikan. Tapi semua dalam pengetahuan Allah swt. Terus ikhtiar.

Tinta Perdu Cinta ❤
KITA IKHTIAR DAN TUHAN IZIN TIADA YANG MUSTAHIL 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. berikhtiar utk jd sentiasa baik... kita hamba yg lemah sentiasa perlu pertolonganNya

    BalasPadam
  2. Betul, kita hanya mampu usaha sebaik mungkin. dengan doa dan tawakkal. In the end.. Allah sebaik2 perancang dan penentu..

    BalasPadam
  3. Yang penting kita ikhtiar usaha mana yang termampu :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama