GALI INISIATIF UNTUK POSITIF | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم. Assalammualaikum wbt. Salah satu punca atau penyebab timbulnya banyak penyakit disebabkan masalah. Masalah yang terpendam atau dipendam. Masalah yang tidak dileraikan dan tidak cuba dinyah dengan kadar paling segera. Walau sekecil masalah tetap sahaja menganggu ketenangan fikiran dan kedamaian jiwa justeru dalam keadaan lemah, kosong dan tidak kuat, tidak mustahil mudah diserang penyakit.
Mengamalkan gaya hidup sihat tidak hanya menjaga pemakanan. Sentiasa beriadah. Bersenam dan melakukan sebarang aktiviti sihat dan bersih sahaja.Lebih daripada itu sebenarnya. Merangkumi hubungan kita dengan Pencipta dan sesama makhluk juga. In sya Allah.
PC tidak menyangkal andai ada yang mengatakan punca kebanyakkan penyakit adalah daripada corak atau tabiat pemakanan seharian yang kurang sihat. Betul, namun begitu harus juga lapangkan minda dan hati untuk terima kenyataan tidak semua makanan dan pemakanan menjadi punca penyakit. Benar,semua atas Mahu dan izinNYA. Walaupun begitu puncanya tetap ada.
Gali inisiatif untuk positif. Mahu sentiasa didik diri menjadi positif bukan mudah. Akan sentiasa ada juga bisikan dan hasutan halus untuk ke arah yang negatif walaupun sikit. Dan bisikan yang sedikit itulah sering menang. Huhuhu. Nauzubillahiminzaliq. Kalau mahu sebenarnya boleh sahaja diusahakan menjadi positif. Galilah inisiatif untuk positif daripada sumber yang betul dan Allah swt redha.
Bersangka baik dengan Allah swt. Bersangaka baik sesama insan. Berbuar baik sesama makhluk. Hiduplah dengan kerendahan hati dan berjiwa besar. Melupakan tidak menjadi syarat untuk memaafkan.. andai tidak mampu melupakan.. cukup memaafkan demi ketenangan diri sendiri. Moga setiap langkah baik kita Allah swt lancarkan.
Tinta Perdu Cinta ❤
Gali inisiatif untuk positif
Tags:
Santai
Masa pendemik C19 ni takut nak sebut positif
BalasPadamBERSANGKA BAIK PADA ALLAH SEMESTINYA
BalasPadamSemoga terus berminda positif. InshaAllah pasti baik baik je :)
BalasPadam