MENCARI SOKONGAN YANG BETUL

MENCARI SOKONGAN YANG BETUL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BIAR BETUL. Eh betullah, kita kena mencari sokongan yang betul dan betul-betul. Serius la. Mestilah serius. Soal kehidupan mana boleh buat main-main. Gitu.

Kita hidup berdampingan. Sentiasa ada orang disekitar kita. Macam tu juga dengan orang lain. Akan anggap kita ni selalu ada disekitar dirinya. Tidak kisahlah keluarga, jiran tetangga atau kawan-kawan. Hidup saling memerlukan dan bergantung satu sama lain termasuklah dengan semua makhluk ciptaan Allah. Haiwan, tumbuhan, jin, syaitan dan alam sekitar kita. Semua ada peranan masing-masing.

Mencari sokongan yang betul. Penting ke. Bagi PC sangat penting. Kita ada masa-masanya memerlukan sokongan. Emosi kita ni ada naik turunnya. Fikiran kita pun ada masanya lapang ada masanya serabut. Biasalah hidup sentiasa berfikir dan banyak tanggungjawab yang mesti dilunasi. Bila mencari orang lain untuk memberi sokongan kepada kita bererti kita lemah sangat.

Bila jumpa pakar psikiatri dan ahli psikologi atau yang sewajarnya untuk minta nasihat juga pandangan bererti kita gila atau apa lainnya yang dianggap dan dipandang negatif. Heyyy sila betulkan persepsi itu ya, kerana kita manusia sangat perlukan orang lain dan makhluk lain menjadi terapi juga. Perlu berkongsi pada waktu-waktu tertentu. perlu bercerita pada kadar yang sewajarnya. 

Mana perlu dikongsi dan diceritkan maka lakukan. Bila mana ada bahagian yang tidak perlu dikongsikan atau diceritakan makan JANGAN LAKUKAN cukup simpan sahaja. Bila rasa berada dalam keadaan yang tidak stabil atau kurang ok, tolonglah usaha mencari sokongan yang betul. Pertama sekali cari Tuhan. Dekatkan diri denganNYA. Ini tindakan paling utama dan pertama mesti dilakukan.

MENCARI SOKONGAN YANG BETUL

Minta Allah datangkan dan tunjukkan siapa orang yang terbaik boleh kita tuju untuk minta pertolongan. Lagi satu ni, bila sebut minta tolong tidak semestinya melibatkan duit. Bila sebut rezeki duit. Semua duit-duit dan duit lagi. Betul, tidak dinafikan minta bantuan kewangan tidak lari daripada kehidupan kita namun begitu tidak semua orang menghadapi masalah kewangan dalam hidupnya. 

Setiap kita perlu mencari sokongan yang betul. Supaya laluan dan langkah kita juga nanti betul. Lurus dan tulus. Tidak terjerumus dalam lembah yang tidak-tidak. Sekarang bukan lain masanya cuba-cuba kemudian jika tersalah berpatah balik dengan mudah. Bukan macam tu. Akhir zaman terkadang yang lagha itu lebih buat orang rasa lebih senang dan selesa. Justeru itu berhati-hatilah. Jadilah dan carilah tempat sokongan yang teguh dan lurus.

Tinta Perdu Cinta ❤
MENCARI SOKONGAN YANG BETUL


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Berkawan dengan orang yang betul.... InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Jadilah penyokong tetapi jangan sokong membawa rebah

    BalasPadam
  3. Dari pengalaman peribadi, orang keliling kebanyakan tak membantu. Manusia lama2 akan bosan nak layan. Syukur ada Allah tempat mengadu.. Bantuan pakar juga lebih banyak membantu untuk kita atur perasaan dan fikiran kita. insyaAllah...

    BalasPadam
  4. Setuju tu, kena cari sokongan yang betul. Kalau ala kadar je, kita akan rasa down dan keadaan jadi lagi teruk.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama