REHATKAN PERUT SEMINGGU DUA HARI

REHATKAN PERUT SEMINGGU DUA HARI | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم .Assalammualaikum wbt. Syukur andai Allah SWT beri tubuh badan yang sihat. Jangan jadikan satu alasan untuk memperkecilkan atau menjadikan tubuh badan yang sihat itu cara menyakiti atau merendah-rendahkan perasaan orang lain yang sedang Allah SWT uji dengan kesakitan. Tak baik ya. Jangan tau.

Kalau hari ini tubuh badan kita sihat itu bukan kerana kita jaga pemakanan.. bukan kerana mahal atau murahnya ubatan atau vitamin yang kita beli dan amalkan.. bukan.. kalau ia pun ianya sekadar usaha yang kecil sahaja.. namun sebab terbesar hari ini tubuh badan kita sihat adalah kerana dengan izinNYA juga.

Kunyah makanan sehalusnya itu salah satu bantuan untuk usus lebih mudah mencerna atau menghadam makanan. Boleh tak makan terus telah tak payah susah payah kunyah.. boleh sahaja namun kesian pada usus kerana terpaksa berkerja lebih. Dalam sistem tubuh pun Allah susun cantik dan saling bekerjasama.. jadi mengapa kita tidak bekerjasama..

Rehatkan perut seminggu dua hari. Punca penyakit secara kasarnya dinilai berpunca daripada apa yang kita lisankan dan apa yang kita makan(perut).. sekali lagi.. semua dengan mahu dan izinNYA. Justeru itu sebagai pemegang amanah pada keistimewaan yang Allah SWT pimjamkan.. apa salahnya kita jaga sebaik-baiknya dan yang paling semampunya.. usahakan sahaja.Kerana setiap usaha yang baik ada ganjarannya dan dinilai olehNYA juga. Tidak sia-sia.

Puasa sunat Isnin dan Khamis in sha Allah boleh menjadi pilihan atau solusi terbaik unutk rehatkan perut dua hari seminggu. KECUALI PADA HARI YANG DIHARAMKAN DAN HARAM SEMENTARA UNTUK BERPUASA.. ..


⇣⇨Berpuasa pada Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
⇣⇨Berpuasa pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
⇣⇨Berpuasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)

Diharamkan sementara berpuasa atas sebab tertentu:

⇣⇨Puasa Hari Syak iaitu hari ke-30 Sya'ban (puasa kerana tidak pasti Ramadan sudah masuk atau belum)
⇣⇨Puasa wanita yang mendapat haid & nifas
⇣⇨Puasa sunat seorang wanita tanpa izin suaminya
⇣⇨Puasa bagi orang sakit yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya
⇣⇨Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Rujukan ⤴

Tidak kisahlah mengamalkan kaedah diet mengikut teori yang mana.. tidak salah juga seandainya dikombinasikan dengan ibadah puasa sama ada puasa wajib atau sunat. Diet itu lebih kepada menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang mahu dimakan.. manakala berpuasa itu menjaga usus..menenangkan jiwa dan fikiran juga. 

related image

Tinta Perdu Cinta ❤
REHATKAN PERUT SEMINGGU DUA HARI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Alhamdulillah
    nak lg bln rejab ni besarnya ganjaran bila berpuasa kan PC

    BalasPadam
  2. lama tk puasa sunat isnin khamis..smoga bole mula semula utk thn 2022

    BalasPadam
  3. Na tengah puasa Rejab, sekali dengan ganti puasa tahun lepas. Akhir akhir ni asyik dilanda reflux.

    BalasPadam
  4. Selamat berpuasa sunat dan semoga terus diberi kesihatan yang baik

    BalasPadam
  5. jom kita berpuasa isnin khamis.

    BalasPadam
  6. Bulan Rejab ni ambil peluang puasa sunat dan persiapkan untuk Ramadan juga. Terima kasih untuk perkongsian ni kak :)

    BalasPadam
  7. Thanks sharing...

    (Kalau telan tanpa kunyah tu... ular sawa! Hehehe)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama