ADIK BERADIK

ADIK BERADIK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Adik-beradik
Aku kau
Kau aku
Seibu sebapa
Sebapa
Seibu
Darahku darahmua
Kita

Bukan sekadar adik-beradik
Luarannya cuma
Hakikatnya
Ikatan luar biasa

ADIK BERADIK

Gedung rezeki
Bergunug rahmat Ilahi
Selautan kerberkatan
Seluas-luasnya pintu-pintu nikmat dan rezeki

Saling menjaga
Saling berkasih sayang
Saling menghormati
Saling memaafkan
Hidup hingga mati
Dunia hingga akhirat
Adik-beradik

Berkumpul bersama-sama di dunia
Menyatu bersama-sama di akhirat

Adik-beradik
Jangan menjadi punca perpecahan
Jangan gemar mula akan perbalahan
Jangan ego untuk memohon kemaafan
Saling memerlukan
Selalu mendoakan

Bahagia dunia
Bergembira di akhirat

Tinta perdu Cinta ❤
ADIK BERADIK


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. BERSELITURAHIM MENGERATKAN UKHUWAH SEDARAH MELIMPAH REZEKI-NYA

    BalasPadam
  2. Adik beradik antara yang paling rapat sebelum kita jumpa kawan- kawan...walau macam mana jauh jarak dengan adik beradik silaturrahim jangan diputuskan

    BalasPadam
  3. Air dicincang takkan putus... Itulah perumpamaan yang tepat

    BalasPadam
  4. Walau apapun hubungan adik beradik harus kena jaga dengan baik..

    BalasPadam
  5. saya bersyukur ada adik-beradik dengan hubungan rapat walaupun berstatus saudara tiri

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama