Header Ads

Sisi-sisi Indah Menjadi Blogger

SISI-SISI INDAH MENJADI BLOGGER | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Mahu menjadi seorang blogger itu pilihan diri sendiri.Tidak kiralah bagaimana ianya bermula.Apa pun pekerjaan,tugasan dan sebarang aktiviti yang dilakukan..sudah tentu ada banyak sisi-sisi yang ditempuhi sepanjang menjalaninya.Pahit manis bersilih ganti.Masam masin terkadang menyatu juga.Ujian dan nikmat bertukar ganti berada diposisi masing-masing.

related image
Sisi-sisi Indah Menjadi Blogger | Google Image

Mendapat apa sahaja jenis hadiah dan penghargaan serta penghasilan itu satu bonus untuk PC.Bonus yang daripada usaha diri sendiri dan bonus daripada Allah swt yang sentiasa memberi rezeki tepat pada waktunya.Betul pada sasaran yang DIA mahu.Alhamdulillah.Syukurilah selalu.

Sebenarnya..setiap konten yang dikongsikan itu atas kerahan fikiran..namun setiap cernaan idea itu dengan izinNYA juga.Kalau indah susunan kata.Andai manis setiap pilihan bahasa itu juga atas izinNYA DIA.Hebat seorang blogger itu kerana izinNYA juga.PC akui,sebagai seorang blogger PC tiada apa-apa.Semua dipinjamkan DIA.Semuanya.Kesudian sahabat-sahabat blogger singgah dan tinggalkan sebarang ulasan serta memberi penghargaan juga semua atas gerakan hati olehNYA.Terima kasih Allah.Terima kasih sahabat semua.KAlian tahu siapa diri kalian dan PC sangat hargai.

Menjadi satu terapi,motivasi dan kepuasan bila dapat berkongsi walau sedikit dan kecil kebaikkan yang ada.Rasa bahagia dan buat PC tersenyum setiap kali tahu sahabat sudi ziarah ke blog ini..buat PC senang hati  ceria bila PC singgah ke blog kalian.Allahu..nikmat!.

Sisi-sisi indah menjadi blogger itu luar biasa.Apa pun niat asal kita mahu menjadi seorang blogger..letakkan niat pertama kerana Allah SWT.Kerana Tuhan.InshaAllah nanti manisnya luar jangkaan kita.Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sisi-sisi Indah Menjadi Blogger

logoblog

11 ulasan:

  1. seronok kan sbb ramai kenal kwn di alam maya..lps tu dpt adiah tanda ingatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. Setuju sangat. Saling menghargai dengan cara masing-masing. Alhamdulillah.

      Padam
  2. Betul tu PC.. maaf sejak kebelakangan ni tak masuk komen, tapi Sis baca melalui hp, cuma tak tinggal jejak aje.. harini banyak masa depan laptop, tu yang merayap ni heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tak apalah Sis. Paling penting urusan rumahtangga mesti didahulukankan sebab itu lebih utama sebagai isteri dan ibu, Sis sudi singgah pun dah syukur sangat-sangat.

      Padam
  3. betul la... Saya bukan blogger dgn trafik juta juta pun... tapi sebahagian besar rakan FB saya bermula dari blog.. dapat kawan baru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang manisnya ukhuwah itu lebih luar biasakan..indah dan nanti jadi kenangan terbaik kita dialam maya ni.

      Padam
  4. Salam Aidiladha PC.
    Blogger adalah pilihan walapun orang kata dah tak relevan dgn masa sekarang. Yang penting, kita happy dengan apa yang kita coretkan.

    BalasPadam
  5. Betul pilihan sendiri...

    Uncle mula dengan tak yakin.... Sekarang dah susah nak berhenti....

    BalasPadam
  6. indahnya header blog PC..da lama benar ciksun tak masuk ke sini..hari ni baru ada masa kat opis..

    BalasPadam
  7. seronok bila berblogging ni, kenal ramai blogger yang akan dikenang bila tak lagi menulis

    BalasPadam
  8. Indah kannn menjadi blogger kak PC, dapat kenal ramai orang, selalu bagi semangat walaupun tak pernah kenal each other, hanya kenal melalui penulisan dalam blog sahaja :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..