SOMBONG DIPANDANGAN TUHAN ITU LEBIH BERBAHAYA.بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Salam Jumaat indah untuk semua sahabat. Moga kita semua berada dalam keadaan nyang baik-baik sahaja ya. Sebarkan kebaikkan kerana Allah. Saling menghormati dan sentiasa menghargai sesama makhluk ok. Beramah mesralah pada tempat dan masanya supaya tidak timbul cerita yang kurang baik pada pendengaran.
|
Sombong Dipandangan Tuhann Itu Lebih Berbahaya
Berbuat baik sesama makhluk sangat disukai oleh agama. Ada rasa empati, selalu cakna dengan sekeliling. Paling kecil pun sokonglah dengan doa yang berterusan sentiasa. Ada sikap ramah dsn suka membuat kebajikan kepasa sesiapa sahaja itu akhlak terpuji. Semua suka, semua sayang. Anggaplah begitu walau hakikatnya tetap sahaja ada cabaran yang tidak menyukaikan. Tapi kita fikir positif.
Bila buat baik, betulkan niat kerana Allah. Bagus sangat dah tu. Teruskan sahaja moga apa yang baik yang kita lakukan dicontohi oleh yang lain pula. Nak ramai kawan tak. Salah satu syaratnya jangan sombong. InshaAllah ramai la kawan. Tapi kena hati-hatilah ketika berkawan tu, tak mustahil ada yang mengambil kesempatan. Namun begitu satu hal yang mesti diambil kira adalah, bagus, tak sombong dengan sesama insan, sesama makhluk, tapi jangan sombong dipandangan Tuhan. Kerana itu lebih berbahaya. Kawan dan ramai, kenalan sana sini tapi eh rupanya sombong dengan Tuhan. Rugikan.
Bila kita tak berdoa. Malas berdoa atau tidak mahu minta apa-apa, itu bererti kita sombong dengan Tuhan. Walhal Tuhan sentiasa rindu nak dengar rintihan doa hamba-hambaNYA. Tertunggu-tunggu apa lagi yang hambaNYA nak minta ni. Mungkin ada yang berpendapat, malu nak minta lagi dengan Tuhan dah banyak sangat nikmat yang diberikan, kalau tidak minta nikmat lain, nak minta ampun dan bertaubat pun mesti berdoa juga. Tak gitu. Jadi, hati-hati ya jangan sampai jaga hubungan sesama insan dan makhluk, tidak sombong dengan mereka dalam waktu sama sombong pula dengan Tuhan.
Sekian Tinta PC ❤ Sombong Dipandangan Tuhann Itu Lebih Berbahaya |
Benar, kita kena sentiasa rendah diri dan sentiasa bergantung harap kepada Tuhan dalam masa yang sama berusaha sehabis baik, cadangan saya kita boleh tambah ilmu online marketing sebagai wasilah rezeki yang halal
BalasPadam