Header Ads

Ego

EGOبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Satu patah kata yang sangat ringkas. Cuma tiga abjad pada kata dasarnya 'ego'. Sebut sahaja pun sudah terasa berat. Ego ini membayangkan persepsi seseorang tentang harga dirinya. Berlebihan mempertahankan harga diri lebih-lebih lagi tidak kena dengan tempat dan waktu itulah menyebabkan ego. Tetapi kalau kena pada masanya dan kena juga pada situasinya mempertahankan harga diri itu adalah sesuatu yang sangat dimestikan. Jangan hentam sahaja ikut suka. Kerana ego ini seringkali membinasakan bukan diri sendiri, yang lebih meyedihkan dan menggeramkan adalah menyusahkan orang lain juga.

Tidak bolehkah ada rasa ego. Boleh sahaja kerana ianya perlu juga dalam kehidupan kadang supaya orang lain tidak mudah menindas kita. Tapi kalau ego kita itu menyebabkan orang lain tertindas pun bahaya juga. Jatuh menzalimi pulakan baik dalam kita sedar atau tidak sedar. Terkadang banyak masalah timbul bukan kerana tidak mematuhi arahan, peraturan atau undang-undang, tetapi oleh sebab sesetengah orang dan pihak yang sangat sayang dengan egonya yang melampaui batas. Aibatnya ramai yang menjadi mangsa dan terkesan dengan situasi.

Setiap orang ada ego masing-masing. PC pun ada ego juga. Cuma kita kena bijaklah bila waktu yang sesuai nak tunjuk ego tu. ila masa yang perlu rendah hati dan berlapang dada. Kalau mahu mempertahankan harga diri, atau maruah diri sekalipun jangan sampai mengorbankan orang lain. jangan jadikan orang lain seperti tikus makmal atau kambing hitam. jangnlah macam tu. Sesiapapun itu, di mana pun berada, boleh bawa ego itu, boleh-boleh sahaja, apa yang tidak boleh adalah membesarkan ego sentiasa tidak kita masa hingga hilang rasa empati dan langsung tidak cakna. Allahu.

letak ego pada tempatnya. Buang ego pada tuntutan waktu dan tempat yang sewajarnya. Bertindak bijaklah. Sekian

Tinta Perdu Cinta ❤
Ego
logoblog

4 ulasan:

  1. Wkmsalam
    Tak rugi kita buang sifat ego dalam diri

    BalasPadam
  2. Ya, orang kata ego pun biar bertempat dan kena pada masanya. Jangan sampai ego memakan diri mahupun menyusahkan orang lain.

    BalasPadam
  3. terkadang ego boleh merosakkan segalanya..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..