Header Ads

WhatsApp Group

WHATSAPP GROUP . بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Seiring waktu semuanya menerima hakikat bahawa teknologi itu sangat-sangat cepat berkembang. Tiada istilah terlewat untuk kaum ibu, kaum ayah, datuk, nenek untuk ambil tahu dan mempraktikkan teknologi ini. Mahu atau tidak sahaja. Semuanya boleh dipelajari. Justeru masih ada ibu bapa muda moden yang lebih memilih mendidik anak-anak mereka tanpa gadjet dan teknologi.Satu masa akan tiba anak-anak ini dengan mudah dan cepat mampu menguasai juga nanti sendirinya.

Banyak kemudahan berkomunikasi di alam maya.Pesanan suara. Pesanan berbentuk teks dan lainnya, hanya perlu pilih mana yang menjadi kenyataan Dan memudahkan perhubungan dan menghubungi ketika jarak jauh.

PC sangat tertarik dengan WHATSAPP GROUP. Kumpulan kendarat di kampung-kampung pun sudah ada whatsapp group. Kelompok penduduk taman perumahan dan kampung,antara ibu bapa murid dan guru,majikan dengan pekerja.Whatsapp group keluarga juga ada.Bukan satu yang pelik. Dan jangan diejek atau dipinggirkan pada sesiapa yang tidak ada atau tidak berkehendak memiliki serta terlibat dengan kemudahan yang satu ini, whatsapp group.Hormati pilihan dan kemampuan orang. 

Baikkah atau burukkah. Bermanfaat atau sebaliknya ada whatsapp group dalam aktiviti seharian. Setiap yang kita anggap baik pasti ada kelemahannya dan sebaliknya. 

Pada pandangan PC, baik dan manfaatnya ada.Memudahkan menyebabkan maklumat baik itu maklumat umum,kekeluargaan,kematian,hal dan urusan penting dan sebagainya. Semua akan menerima pesanan yang sama serentak.Tiada perbezaannya fakta atau dusta.Apa yang membezakan adalah waktu menerima maklumat sahaja berbeza-beza. 

Manakala sisi kurang manisnya bila mana ada yang maklumat atau undangan dan sebagainya cuma difokuskan pada individu tertentu. Cara yang paling halus dan sopan adalah bila ketika cuma mahu berurusan dengan orang itu, hubungi atau sampaikanlah secara peribadi.Andai suka jangan tunjuk fokus sangat.Kalau benci jangan disisih keterlaluan kerana semuanya boleh sahaja bertukar tempatnya. 

Cuma WHATSAPP GROUP.Namun andai diperhalusi banyak hal boleh dipelajari. Pelbagai ragam manusia boleh diperhati. 

Sekian
Tinta PC ❤
WhatsApp Group
 

logoblog

6 ulasan:

  1. whatsapp memudahkan pertukaran maklumat secara umum ja

    BalasPadam
  2. Bagus sebenarnya ada whatsapp group kalau untuk tujuan yang sepatutnya. Yang tak bagusnya bila salah guna untuk tujuan lain atau ada yang berpuak puak timbulkan rasa kurang senang dalam tu.

    BalasPadam
  3. kadang2 bila kite respon dan tak ada sesiapa respon semula, sedih jugak huhu

    BalasPadam
  4. Setuju dengan kak fiza, kalau kita pakai whatsapp dengan tujuan sepatutnya, memang elok. Tapi kalau kita pakai whatsapp dengan tujuan tak sepatutnya contoh sebar fake news ke memang tak elok. Tapi kadang kadang sedih bila orang read je chat kita dalam group hehehe

    BalasPadam
  5. whatsapp group ada baik dan buruknya.. smoga kita gunakan sesuatu dengan kearah kebaikan..

    BalasPadam
  6. setuju PC..baik dan buruk dtgnya dari diri kita sendiri..wasap group tu xsalah hahahaa ^_^

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..