Berjenaka Ada Isi Tidak Sia-sia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
BERJENAKA ADA ISI TIDAK SIA-SIA
Pergi berperang bawa senjata
Belati dan pedang tajam sentiasa
Hiburan sangat diperlukan manusia
Jenaka santai pun hiburan juga
Anak derhaka Tuhan murka
Tidak mendapat redha ibu bapa
Biarpun berbicara sambil berjenaka
Selagi baik tidak mengapa
Para sahabat sentiasa setia
Mendampingi Rasulullah ke mana sahaja
Berjenakalah ditempatnya
Menghibur hati yang sedang lara
Ada syurga ada neraka
Ada pahala juga dosa
Isi ilmu bermanfaat ketika berjenaka
Manfaat tersebar untuk semua
Tidak di dunia di akhirat nantinya
Tunggu masa tiba detiknya
Hindari jenaka yang ada sensitifnya
Menghindar dari tergurisnya rasa
Malaikat Jibril membawa utusan
Utusan wahyu untuk disebarkan
Selitkan jenaka ketika berpesan-pesan
Sekadar ingatan walau tidak perasan
Sekian.
Sama-sama mencari redha Allah swt
Sama-sama mencari redha Allah swt :)
ReplyDeleteAamiin.. inshaAllah.
DeleteSama-sama kita mencari redha Allah swt
ReplyDeleteInshaAllah. Aamiin.
DeleteYa, kita sentiasa di hisab...
ReplyDeleteTak boleh lari kan uncle.
Deletekena sentiasa beringat dalam bergurau atau berjenaka
ReplyDeleteNak berjenaka ni boleh tapi janganlah selalu kan.. tak elok untuk hati.. Nak berjenaka biar bertempat..
ReplyDeleteSemoga apa sahaja yang kita buat biarlah dalam redha Allah.. dan nak berlawak jenaka pun biar lah kena tempat.. tidak keterlaluan..
ReplyDelete