Rupa-rupanya Di Sini Juga Antara Yang Kuat Bebel

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

RUPA-RUPANYA DI SINI JUGA ANTARA YANG KUAT BEBEL. Ramai yang kata PC sombong di alam nyata *faca to face*. Sekali jumpa atau baru kenal PC memang agak susah nak bina komunikasi. Nak cari tune slow sikit. Tu yang ada terus terang cakap kau ni sombongkan, tengok orang pun kerek je, macam jeling-jeling. Macam banci sangat. Acah-acah good. Biasa sangat dengar macam ni tapi dengar bila mereka dah berbulan atau bertahun kawan dengan PC lah. Baru berani cakap macam tu. Konon-konan throwback la dolu-dolu masa salam perkenalan. Wekkkk. Cubit ketiaknya baharu tau.

Tak kenal maka tidak tahu. Dah kenal pun belum tentu tahu semua. Tak gitu. Setiap orang ada pakej masing-masing. Adik beradik pun perangai tak seratus peratus sama. Apatah lagi lain ibu lain ayah. Lumrah. Biasalah tu. Watak setiap kita tidak sama. Ada yang mudah dan cepat mesra dan bergaul. Ada yang slow sikit. Ada yang pilih bulu. Bulu apa yang dipilih pun tak taulah. Setahunya orang ada bulu roma je. Tapi tak taulah kalau ada orang berbulu merpati. Selalu dengar musang berbulu ayam je. Eh. Hehehe. 

Zaman kanak-kanak kawan kita lain, zaman sekolah tadika lain, zaman sekolah rendah lain seterusnya sekolah menengah, kolej dan universiti. Waima bila dah semakin meningkat dewasa dan tua pun kawan-kawan kita lain. Tidak dinafikan ada yang sehingga kini kekal dengan kawan atau sahabat sedari kecil. Ada ya, jangan ingat tidak ada namun boleh dibilang jumlahnya. Kawan bersilih ganti. Datang dan pergi, sama ada perginya kerana ajal atau tuntutan lain. Siapa pun kawan atau sahabat kita terus saling menghargai dan terus saling mendoakan jangan tinggalkan parut pada orang lain angkara kita. Dan jangan sampai kita menjadi kawan yang buat kawan kita berasa fobia untuk ada kawan atau sahabat. Jangan!.

Melalui medium blog PC bertemu sahabat-sahabat alam maya baharu. Bersahabat dengan setiap konten yang dikongsikan setiap hari. Memberi banyak info dan pengisian dalam pelbagai label. Dengan cara dan gaya penyampaian masing-masing. Terbaik dan unik. Sangat membantu dan merangsang motivasi. Sehinggakan PC menjadi salah seorang yang kuat membebel. Membebel melalui keyboard. Dari hati ke hujung jari merapat dikolum-kolum ulasan blog sahabat-sahabat blogger. 

Sebelum ini Jadi Pengomen Tegar Penutup Tahun 2020 diblog Blogger Cikgu Abam Kie [hadiah berupa topup RM 10] rupanya ada yang PC terlepas pandang satu lagi Top 10 Commentators 2020 Blog Sunah Suka Sakura juga. Allahu. Beberapa minggu lepas sebelum kuatkuasa PKP alhamdulillah PC dan en suami dapat pulang ke kampung. Bercuti lebih kurang dua minggu di kampung. Bila bercuti lazimnya habiskan masa fokus bersama-sama keluarga ditambah talian wifi atau internet sangat kurang baik. Tenggelam timbul justeru PC tidak begitu blogwalking. Maaf ya kawan-kawan. Bila ada coverage melipas kudung kongsi apa sahaja yang ada pada draf. Ada juga yang PC autopublish. Bersyukur dapat balik kampung walau masih tetap dengan SOP sana sini. Bersyukur juga sebab PKP selepas kapi pulang dari kampung.

Rupa-rupanya  Di Sini Juga Antara Yang Kuat Bebel
Rupa-rupanya  Di Sini Juga Antara Yang Kuat Bebel

Rupa-rupanya  Di Sini Juga Antara Yang Kuat Bebel
Rupa-rupanya  Di Sini Juga Antara Yang Kuat Bebel


Allahu. Rezeki Allah sangat luas dan tepat pada waktunya.

Sekian
Tinta PC
Rupa-rupanya  Di Sini Juga Antara Yang Kuat Bebel


10 comments:

  1. Tahniah. Bebel yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. tahniah PC. Teruskan mengomen di blog kwn2 termasuk blog abe kie jugak.

    ReplyDelete
  3. tahniah membebel dpt hadiah ok ja

    ReplyDelete
  4. Tahniah2 kak.. tak kenal maka tak cinta, dah kenal baru boleh cerita..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki akak. Tahniah 🤩

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah.. tahniah PC. Kak Sue pun sempat balik kampung sekejap sebelum PKP 2.0 hari tu.. lega dapat ziarah Abah dan adik beradik..

    ReplyDelete
  7. Hehe pendek kata kena kenal dulu orang tu baru tau macam mana sifatnya.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.