Macam Tidak Ikhlas

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MACAM TIDAK IKHLAS |Sedang mencari kata-kata.Sambil menaip ni sambil otak cuba mahu memilih dan menyusun ayat.Moga apa yang mahu disampaikan itu sampai dan menjadi saham memenuhkan dan memberatkan uncang-uncang pahala kelak.Nak capai bahagia dan kegembiraan hakiki.Di dunia mustahil kerana yang ada di dunia cuma nikmat.Bahagia dan gembira yang sebenar-benarnya itu nanti.Syurga tempatnya.

Banyak perkara yang terjadi dalam diri kita ada kaitannya dengan perbuatan kita sendiri.Hubungan kita dengan ibu bapa terutamanya.Hubungan kita dengan Tuhan apatah lagi.bOLEH JADI APA YANG TERJADI HARI INI baik atau sebaliknya hasil daripada apa yang telah kita lakukan dulu-dulu.Hanya Allah swt yang MENGETAHUINYA.

Dunia cuma nikmat.Alhamdulillah sangat banyak nikmat yang Allah swt beri dan pinjamkan kepada kita..ada yang mungkin sekali sekala..ada yang sentiasa juga.Namun dalam banyak nikmat itu terkadang menjadi satu permasalahan kerana cara penerimaan setiap orang itu tidak sama.Dan boleh jadi juga cara penyampaiannya yang sedikit tidak kena dengan cara atau gaya yang sepatutnya.

Contoh mudah.Berbanding zaman dahulu..seiringnya waktu telah banyak urusan dilakukan secara atas talian sahaja.Mudah.Cepat.Jimat.Semakin menuju akhir zaman juga,lihatlah betapa teknologi semakin mencanak berkembang pantas.Dalam mengikuti arus kemodenan teknologi dan kecanggihan di sana sini sebenarnya ada yang semakin kian terhapus,terhakis dan terbiar.

Nilai kemanisan yang kian kurang hingga macam tidak ikhlas pula jadinya.Cara penerimaan setiap orang itu tidak sama.Ada orang santai terima undangan majlis melalui pesanan ringkas..tidak kiralah melalui WhatsApp,direct message,personal message,nota ringkas dan sebagainya.Namun tidak bagi sesetengah orang yang menganggapnya macam tidak ikhlas mengundang atau mahu menjemput terutama kepada orang yang lebih dewasa atau lebih tualah.

Wajarkah mereka berasa begitu.Bagi PC wajar.
Perlukan bagi mereka yang berhajat untuk mengundang itu bertemu atau berbicara melalui telefon pun memadai.Bagi PC perlu.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. SA setuju..selalunya SA hadapi masalah ni..apa yang cuba disampaikan penerimaan seseorang itu tidak sama seperti yang kita harapkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila berada disituasi ini pening jadinya kan SA..

      Padam
  2. Teknologi banyak memudahkan urusan seharian kita. Cuma ada sesetengah urusan, kita perlu bersemuka atau berhubung secara terus agar rasa hormat tu berkekalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat-sangat Kak Ana..jangan sanpai teknologi menghapus adab dan adat yang dibenarkan agama.

      Padam
  3. Kemajuan teknologi memudahkan kita semua, cuma dlm sesetengah perkara masih memerlukan sentuhan jiwa dan keperihatinan kita dlm menjaga adab sopan sebagai manusia dan bukan robot, wallahualam.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama