Jangan Main-main Dengan Tajuk

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN TAJUK.Tajuk mampu menarik kerana ada daya tarikannya yang tersendiri.Tidak ramai orang suka membaca,mendengar atau ambil tahu hingga hujung cerita atau artikel yang disampaikan..melainkan lebih gemar cuma membaca tajuknya sahaja..kemudian menafsir dan mengembangkan cerita mengikut versi masing-masing.Hakikat.

Besar peranan tajuk.Boleh jadi ianya suatu yang menarik ke arah lebih baik dan tidak kurang menjadikan situasi bertambah keruh dan memburuk.Reputasi boleh menjadi meningkan tidak hairan reputasi juga boleh buat orang tersungkur.Ramai yang menggunakan tajuk untuk menipu.Ramai yang menggunakan tajuk untuk menjelaskan kebenaran juga.Siapa sahaja yang mencipta dan memberi tajuk...tergalas tanggungan besar pada dirinya bukan sekadar di dunia malah bakal di bawa ke akhirat juga nantinya.

Jangan main-main dengan tajuk.Bukan sekar pada apa sahaja artikel,saluran-saluran di media sosial malahan ketika berbicara atau mahu bercerita pun tajuk dan penerangannya perlu paling jelas supaya tidak timbul salah sangka dan terpedaya.Jangan tajuk itu dijagikan umpan besar sedangkan tahu hasil dan isinya seperti apa.Bila orang lain rasa ditipu masalah akan berpatah balik pada kita juga hujungnya.

Ya,tajuk yang menarik itu sangat penting tetapi sertakan dengan isi,kisah dan huraian yang menarik dan ada kaitannya juga.Selagi tidak lari daripada tajuknya itu sudah baik-baik sahaja.Tajuk umpama kepala yang mengemudi seluruh tubuh.Jangan putuskan ditengsh-tengahnya hingga orang berasa bagai ada yang tidak kena di situ.

Sekian.

Moga Allah swt tidak berpaling

15 comments:

  1. tajuk kalau padat tapi isi lemah,but kita kecewa baca

    ReplyDelete
  2. di medsos ramai netizen yg hanya membaca tajuk tanpa bca penerangannya, maka timbul bermacam anggapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. cuma tertarik dengan tajuk kemudian cerita direka dengan kefahaman sendiri.

      Delete
  3. zaman skrg ni semua baca dari tajuk tanpa baca isi..lepas tu terus hentam...

    ReplyDelete
  4. Tajuk sensasi yang jadi pilihan... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. lazimnya tajuk jadi key dia..itu yang kena hati-hati.

      Delete
  6. Itulah kena baca sampai habis takut tajuk menjadi fitnah.

    ReplyDelete
  7. walau tau tajuk memainkan peranan tapi ttp risau sbb bimbang dikecam orang ramai apatah lagi dikecam bila diadili kelak..

    ReplyDelete
  8. Masa sekolah nak kena buat karangan, berzaman nak pikir tajuk hehehe..
    kadang dah dapat tajuk, sampai x tau nak tulis apa...

    ReplyDelete
  9. Tajuk tu kadang-kadang mainkan peranan dalam pengisian tetapi jika disalah ertikan maksudnya akan jadi negatiflah pemikiran seseorang :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.