Selamat Tahun Baru 2020

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SELAMAT TAHUN BARU 2020 | Alhamdulillah.5 Jamadil Awwal 1441H.Hari ini hari pertama dibulan Januari tahun 2020.SubhanaAllah.Allahuakbar.Sujud syukur.


RELATED IMAGE
Selamat Tahun Baru 2020

Barangkali ada yang meraikan bersama-sama ahli keluarga.Rakan-rakan atau pun bersendirian.Ketika berasa bersendirian percayalah sebenarnya diri kita tidak pernah bersendirian.Ada yang sentiasa bersama dan memerhatikan kita.

Tahun baru azam baru.Lazimnya bila melangkah ke tahun baru masihi,azam yang sering difikirkan kerana ianya menjadi guideline untuk kita lebih bersemangat lakukan sesuatu lebih-lebih lagi bila ianya mengena sasaran seperti yang direncana.Ada sesetengah daripada kita sangat mementingkan garis panduan ini.Biarpun berbentuk peribadi yang boleh diubah atau dipadam bila-bila masa mengikut mahunya diri sendiri namun secara tidak langsung bila ada garis panduan yang ditetapkan ianya menjadikan kita lebih berdisiplin lakukan sesuatu.

Untuk PC peribadi,sentiasa berdoa agar setiap apa yang PC harapkan ada campurtangan Allah swt dan doa suami,mama dan babah serta mertua.Itu sudah cukup membahagiakan PC kerana bila sentiasa ada doa-doa mereka ini,biar sekecil apa pun nikmat yang PC rasai,ianya mewah dengan kemanisan dan begitu bermakna.

Moga langkah seterusnya PC dan insan-insan bererti dalam hidup PC serta sahabat blogger semuanya sentiasa dipayungi rahmat Ilahi walau di mana pun berada.Aamiin.

Selamat tahun baru 2020 untuk semua.
Hidup mati kerana Allah.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ya...semoga harapan kita semua dimakbulkan Allah swt

    BalasPadam
  2. salam Kak PC,boleh pm saya di facebook? untuk tebus hadiah sebab menang segmen =)

    https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/12/tamat-tempoh-contestpengumuman-pemenang.html

    BalasPadam
  3. semoga tahun 2020 kita menjadi insan yg lebih baik ..
    semoga dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan diberkati umur buat Perdu Cinta .. Aamiinn

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama