Tuntut Janji

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TUNTUT JANJI | Janji?..iya janji!.Mengungkap kata janji itu mudah.Lebih ringan dan lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan menunaikan janji.Jadi kenapa dalam agama sendiri pun tidak digalakkan berjanji kalau rasa-rasa tidak mampu untuk menunaikannya.Besar kesan dan berat hukumnya bila janji kemudian mungkiri.

Makan kacang mudah.Makan coklat mudah.Makan aiskrim pun mudah.Tapi lebih mudah berjanji.Kalau budak-budak,mungkir janji pun kawannya boleh merajuk,disebut-sebut sampai ke esok.Itu budak-budak dengan budak-budak.Sesama sendiri rakan sebaya mereka.Agak-agak kalau yang dewasa macam mana.Alahai.

Tuntut janji.Hutang tidak semestinya berbentuk wang ringgit atau apa-apa kebendaan sahaja.Janji yang tidak ditunai atau dimungkiri juga hutang.Hutang janji.Bila janji kemudian mungkiri bererti berbohong.Allahu.Jadi bila mungkir janji jangan senyum-senyum bila orang tuntut..jangan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Kalau mahu memberi,beri sahaja jangan berjanji.Andai mampu menghadiahkan pun hadiahkan sahaja jangan juga berjanji.Sekiranya tidak yakin dan andai yakin sekalipun mampu untuk mengadakan..tetap juga jangan janji kerana kita tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi selepas kita menyemai janji.

Bila sudah termakan dengan manisnya janji,sukar untuk melupakan pahitnya dimungkiri.Meminta maaf itu satu solusi namun melupakan terkadang tidak menjadi pilihan pada diri manusia itu.Jangan pernah salahkan orang tuntut janji tapi kesalilah kerana memungkiri.Hati-hati..tuntut janji boleh jadi di bawa hingga dihari perhitungan nanti.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt



2 comments:

  1. waalaikumussalam. Allahu, terus terfikir pasal janji janji yg ku taburkann pada orang lain :(

    ReplyDelete
  2. Betul tu berjanji tu tidak semudah untuk memenuhinya.
    Mrs. A sendiri tak suka nak janji-janji sangat dengan anak-anak.
    Bila tiba masa baru bagitahu.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.