Teruskan Mencari

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERUSKAN MENCARI

Lidah buaya disusun rapi
Susun rapi dalam pasu
Banyak cabar ketika mencari
Tempuhi ranjau sudahlah tentu

Tempuhi ranjau sudahlah tentu
Barula sedar usaha itu perlu
Jangan gundah diuji selalu
Teruskan mendekati DIA yang SATU

Jangan gundah diuji selalu
Orang lain pun juga begitu
Kuatkan semangat terus maju
Moga peroleh apa dimahu

Kuatkan semangat terus maju
Jangan diingat sejarah yang dulu
Hidup ada sisi kelabu
Tuntut ilmu carilah guru

Hidup ada sisi kelabu
Jangan dibiar ia membelenggu
Tinggalkan yang laghadan tidak perlu
Amalkan bersungguh apa yang fardhu

related image
Teruskan Mencari | Google image
Andai kita berasakan dosa banyaknya seperti buih dilautan..usahakanlah agar pahala kebaikkan kita umpama pasir dipesisiran pantai

#sama-sama mencari redha Allah SWT

11 comments:

  1. Yup.. terus mencari pahala tanpa henti..

    ReplyDelete
  2. Salah satu pahala diam, zikir. Basahkan hati, basahkan lidah menyebut Allah. InsyaAllah perlahan2 dosa kita dihapuskan dengan redha Allah. TQ sis PC, sharing diatas membuka mata hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..aamiin..aamiin.InshaAllah.Moga sedikit demi sedikit dosa kita gugur.

      Delete
  3. betul tu pc...kita banyak dosa, tapi cubalah untuk banyakkan juga pahala kita hingga melebihi dosa kita...Allahu

    ReplyDelete
  4. Mencari pahala, dahulu yang difardukan

    ReplyDelete
  5. Sama2lah kita sentiasa berdoa agar hidup kita sentiasa terdorong merebut pahala dan dijauhkan dari perkara2 yg menambahkan dosa.

    ReplyDelete
  6. ZumaQQ adalah situs judi online yang menyediakan deposit via pulsa1:13 PM 20-Jan-20
    Dengan keunggulan tersebut memudahkan membernya dalam melakukan deposit
    Sehingga sangat banyak sekali bettor judi online yang bermain disini
    Agen Domino Terpercaya dengan bonus new member 30%
    WA : +6281263106553

    ReplyDelete
  7. Ya Allah memang kita ni banyak dosa. im talking about myself.
    mudah2an Allah hapuskan dengan usaha yang dilakukan. kena sentiasa doa untuk Dia hapuskan dosa kita. pintu kasih sayangNya sentiasa terbuka.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.