Header Ads

Adakah Menjadi Seperti Yang Disangka?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

ADAKAH MENJADI SEPERTI YANG DISANGKA? | Sangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengahari.Sangkan tumbuhnya padi rupanya lalang yang menjadi.Manusia suka dan mudah bersangka-sangka.Sebut bersangka-sangka tidak semuanya menjurus kepada perkara atau hal negatif sahaja.Banyak je orang bersangka-sangka pada perkara yang baik atau positif.

Menjadi seperti yang disangka.Sebenarnya itu rezeki,kalau apa yang kita sangka menjadi satu kenyataan atau realiti itu membuktikan Allah swt sentiasa mendengar bisikkan hati kita apatah lagi andai itu satu perkara yang baik.Alhamdulillah,namun hakikatnya telah Allah terlebih dahulu menentukan kemudian melintaskan rasa atau naluri bersangka itu pada kita.

Istighfar.Manusia sebaik-baik makhluk yang Allah swt cipta biarpun berasal daripada tanah yangn satu masa kembali ke tanah semula.Namun begitu tidak mampu dinafikan syaitan,iblis dan kaum kerabatnya sentiasa berpegang pada sumpahnya sedari dulu mahu menyesatkan dan merosakkan anak cucu cicit Adam as.Justeru cara paling mudah adalah dengan sentiasa membisikkan sesuautu hingga terbit rasa waswas dan bersangka yang bukan-bukan.Patahkan rasa itu dengan istighfar.Moga ianya menjadi tawar.

Sehingga detik ini,adakah menjadi seperti yang disangka?..kalau ya teruskan bersyukur.Susunatur daripada Allah swt itu sangat terbaik.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

logoblog

8 ulasan:

  1. lebih kepada tak menjadi seperti yang dirancang...huhuhu

    BalasPadam
  2. Ada yang menjadi ada juga yang tidak PC huhuhu...

    BalasPadam
  3. Jarang apa yang dirancang menjadi...

    BalasPadam
  4. Ada yg dirancang menjadi, dan ada juga yg tidak.. moga ada hikmah disebalik semuanya, aamiin.

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..