Berjaga-jaga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERJAGA-JAGA

Belakang rumah ada telaga
Telaga besar penuh airnya
Bergurau senda boleh sahaja
Jangan melepasi had yang sepatutnya

Berkaki ayam kemudian berkasut
Kasut diimport dari China
Jimat cermat bukan kedekut
Teruskan menabung amalan mulia

Awal pagi cari nangka
Nangka masak harum baunya
Bukan ragu cuma waspada
Khianat manusia sukar dijangka

Kerana pulut santan binasa
Pulut kuning lemak rasanya
Sebelum terjebak dengan dosa
Baik menghindar seawal mula

Baju melayu berkancing suasa
Samping tenun berwarna jingga
Tidak salah berjaga-jaga
Mudah sendiri dan orang lain juga

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

7 comments:

  1. cegah lebih baik dari menyesal kemudian...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian peringatan bersama ni, kak PC 😘

    ReplyDelete
  3. SETUJU. ADAKALA BERGURAU SAMPAI TERLUPA TERLEBIH KATA

    ReplyDelete
  4. menabung untuk masa hadapan langit tidak selalu cerah

    ReplyDelete
  5. Dalam santun ada nasihat yg baik. Terima kasih atas peringatan ini PC.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.