Header Ads

Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS |Sementara dan persinggahan.Inilah dunia tempat di mana kita yang masih benyawa sekarang  berada.Dunia ini indah.Sangat indah bagi yang berasakan dunia ini syurga baginya.Namun dunia ini tidak lain tidak bukan menjadi tempat ujian bagi yang sentiasa mengharapkan lebih berganda indahnya syurga Allah swt di akhirat kelak.

Tersasar tidak kiralah jauh atau dekat.Terkeluar daripada landasan tidak kiralah lama atau seketika.Manusia tidak lepas daripada melakukan khilaf.PC apatah lagi.Ada masa-masanya PC sendiri asyik terbuai dek nikmatnya duniawi.Bila sedar mula menyesali dan berusaha tidak mengulagi.Kerana dalam diri manusia itu ada nafsu dan iman.Bersyukurlah andai iman sentiasa memagari nafsu..dan usahakanlah supaya selalu begitu.

Sekeruh mana pun hati seseorang itu.Segelap mana pun kisah silam manusia itu.Pasti mahukan sinar yang mampu menerangi.Sudah tentu mahukan tempat yang kukuh untuk bangkit berpaut.Allahu.Akan terdetik daripada dasar yang paling dalam dari hatinya adalah paling mengharapkan pandangan daripada Allah swt yang terisi dengan pedoman menuju jalan yang lurus. 

A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Al Faatihah 1:6)

Setiap kita akan bergetar hatinya.Takut akan kematian.Namun tidak semua dapat merasai nikmat hidayah daripadaNYA.Justeru biar masih bertatih mahu menjadi hamba yang lebih baik,minta selalu moga Allah swt tunjukkan jalan yang lurus.Aamiin.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

5 comments:

  1. Waalaikumussalam. Terima kasih kongsi ni PC 😍

    ReplyDelete
  2. Setiap hari bila solat kita akan baca ni tapi tulah kadang-kadang tak ambil tahu sangat terjemahan melayunya. Terima kasih PC atas ingatan.

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat PC.. terima kasih kongsi entri nie. Semoga kita sentisa istiqomah perbaiki diri untuk lebih baik..

    ReplyDelete
  4. Semoga kita tabah mengharungi duri duri kehidupan. Bukan senang nak istiqamah kan..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..