Dihujung-hujung

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

DIHUJUNG-HUJUNG | Kalau di sekolah..dihujung-hujung waktu nak habis rehat itulah masing-masing kelam kabut nak ke tandas.Full.Bila hujung-hujung waktu nak balik tu pulak la seronok tengok pintu dan tunggu loceng bunyi.Tapi paling tak seronok bila berada di kelas yang hujung-hujung.Bila diletakkan di kelas yang hujung-hujung ni harap maklum sahajalah..namun begitu jangan pandang rendah pada mereka kerana tidak mustahil pada masa hadapan mereka ini memiliki kehidupan yang lebih baik dan teguh.Barangkali mereka tidak menguasai ilmu akademik namun pengalaman dan ilmu kemahiran dapat mereka kuasa dengan baik.Rezeki orang siapa yang dapat meneka kan.

Kalau cerita bab makanan.Tak kisahlah musim buah-buahan ke.Kuih muih raya ke.Biasanya awal-awal tu memang teruja tapi mudah rasa muak.Sebab ada banyak depan mata dan mudah didapatikan..tu yang lain macam perangai dan selera.Tapi cuba nanti bila dah hujung-hujung..haaa masa itulah semuanya rasa sedap dan nikmat lain macam.Aura agaknyakan.Macam juga shopping..lebih-lebih bila menjelang perayaan..tahun baru Cina dah berlalu pun..ramadhan yang semakin hampir  ni..nah..ada jugakan yang sedikit sedikit dah mula buat persiapan aidilfitri..tapi nanti,hujung ramadhan..itu dia berdengung telinga dengar promosi dan jualan murah sana sini situ.

Dihujung-hujung.Ada masa terpaksa lakukan sesuatu itu dihujung-hujung waktu dan dihujung-hujung kesempatan Allah swt izin.Siapalah kita untuk terus tegar lakukan sesuatu pada awal atau digaris permulaan atau mendahului yang lain.Barangkali kita mampu lakukan,namun sesekali terseliuh juga pendirian.Ada masa malas juga menebal.Namun satu hal,hakikatnya tak ada siapa yang suka situasi dihujung-hujung terjadi padanya..begitu juga Allah swt,tidak suka hamba-hambaNYA melakukan apa yang disuruh dihujung-hujung waktu..solat contohnya.Tidak mustahil juga kalau suatu hal yang boleh diurus dengan segera namun dilengahkan hingga hujung waktu akhirnya membebankan diri sendiri.

Sekian.

#moga Allah swt tidak berpaling 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. shopping raya time hujung-hujung tu sebab banyak sale tapi tak best kalau design yang kita nak dah habis dah. Yang tinggal yang biasa je. Eloknya buat awal-awal toksah kalut dah kalau ada yang terkurang boleh tambah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang pilih buat persediaan awal.Ada yang suka hujung-hujungkan..tapi dua-duanya ada manisnya yang tersendiri.

      Padam
  2. JALAN HIDUP SEMAKIN BERHUJUNG DAN HUJUNG HUJUNG BERTAUBAT SEBELUM LEWAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sangat penting..hujung yang tidak tahu bila menjadi penghujung kan kak PI..

      Padam
  3. Hujung2 bukan bermaksud pengakhiran
    kayuh selagi sempat

    BalasPadam
  4. Ada yang boleh dan seronok dibuat dihujung-hujung.. Namun bila berkaitan amal ibadat eloklah disegerakan kerana takut nanti bila dihujung-hujung dah tak berkesempatan..

    BalasPadam
  5. Klu dlm apa jua keadaan, kdg2 di hujung2 tu yg seronok.. ada kala jadi kelam kabut juga hehe. Tp dlm soal amal ibadah, kita tak tahu sebenarnya bila hujung2 tu kan. Ajal maut bila2 shj boleh sampai.. Allahuakbar.

    BalasPadam
  6. ahh masih awal lagi. tunggu lah dulu.. bila dah sampai kehujung, alamak macam lipas kudung semuanya.. hehe

    BalasPadam
  7. As reported by Stanford Medical, It is in fact the ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh an average of 19 kilos less than us.

    (And really, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they are eating.)

    P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

    CLICK this link to reveal if this brief questionnaire can help you unlock your real weight loss possibility

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama