Walaupun Kita Lebih Tapi Allah Lagi Lebih

WALAUPUN KITA LEBIH TAPI ALLAH LAGI LEBIH | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sungguh-sungguh.Betul-betul.Sangat-sangat.Terlalu sangat sekali. Apa lagi yang membayangkan rasa, tindakan, perasaan dan sebagainya yang sangat mendalam, kita hamba tetap hambaNYA juga sampai nanti nyawa diambil semula, sampai jasad menjadi tanah kembali. Hingga hari perhitungan.

Apa pun rasa yang ada. Apa sahaja perasaan yang tidak ada kemudian ada.. perasaan yang ada kemudian tiada.. sekali lagi kita hambaNYA yang hati kita DIA yang jaga boleh berubah dan diubah bila-bila masa sahaja walaupun niat kita sendiri tetap juga boleh berubah sedetiknya waktu.

Sayang sangat-sangat. Hormat sungguh-sungguh. Hargai betul-betul. Tapi semuanya DIA punya. Kadangkala PC lupa bahawa semua sementara walaupun cuma hal kecil. Masa pun DIA punya, kadang rasa macam singkatnya waktu. Kadang rasa eh berlebih sangat waktu, rasa itu juga DIA yang beri.

Rasa memiliki itu buat manusia lupa dan ada masanya alpa juga. Cara mudah untuk sentiasa ingat semua sementara adalah bersyukur. Hargai pinjaman yang sementara dan manfaatkan sebaik-baiknya. Manfaatkan,bukan ambil kesempatan pada hal yang aneh-aneh.

Walaupun kita lebih tapi Allah lagi lebih sayang, lebih mengetahui, lebih memahami, lebih agung. Lebihnya kita itu pun dia yang beri, maka kalau kita rasa lebih atau boleh memberi lebih... ianya tetap satu yang ada batasnya juga. Sebab cuma Allah yang lebih dalam segenap aspek yang sangat sempurna.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
WALAUPUN KITA LEBIH TAPI ALLAH LAGI LEBIH 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wkmsalam
    Syukur di atas kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita

    BalasPadam
  2. Betul tu kak PC, semuanya milik Allah. Bila bila masa Allah boleh tarik balik. Jadi, sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama