BULAN KESEMBILAN SELAMAT BERMULA SEPTEMBER. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم. Assalammualaikum wbt. hari pertama dibulan September. Hari ke dua puluh tiga dibulan Muharram 1443H. Alhamdulillah. Mungkin hari ini ada yang meraikan ulangtarikh kelahiran. Atau ada juga yang sedang menahan sakit dan berjuang untuk melahirkan zuriat. Tidak mustahil ada yang sedang bersedih meratapi pemergian insan tersayang juga mengingati tarikh peristiwa yang telah berlaku dan berlalu. Setiap tarikh ada kisahnya. Ada kenangannya juga. Kalau tidak pada kita pada orang lain. Dan kalau tidak pada orang lain pada kitalah tentunya.
Apabila sudah memasuki bulan September bererti sudah sangat dekat dengan hujung tahun. SubhanaAllah. lebih kurang tiga hingga empat bulan sahaja lagi berada ditahun 2021 jika diizin dan dilanjutkan usia olehNYA. Mungkin telah banyak yang dicapai. Tidak mustahil masih banyak juga lagi yang belum terlaksana.
Tidak kisahlah, selaras dengan detik waktu, teruskan bergerak dan lakukan sesuatu yang paling terbaik. Terus menyokonh diri sendiri dan orang lain juga selagi hal itu baik kepada semua.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bulan Kesembilan Selamat Bermula September
kejap je masa kan skrg ni..
BalasPadamselamat datang september...
Uyum mmg suka september sebab bulan dia lahir hehee..
Tak sabar dah tu nak potong kek katannya :D
September je rasa dah nak habis 2021
BalasPadamSekejap jee dah masuk bulan september. Moga moga bulan ni lagi baik daripada bulan bulan sebelum ni.
BalasPadamsemoga september kali ni lebih bermakna untuk kita semua..
BalasPadam