Carilah Jalannya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

CARILAH JALANNYA |Ada sesetengah tempat boleh dituju dengan menggunakan hanya satu jalan..ada juga boleh sampai ke satu-satu tempat atau deatinasi itu dengan melalui banyak pilihan jalan atau laluan.Sampai tanpa sesat..sampai sesudah sesat,yang mana satu pun jangan malu bertanya kemudian carilah jalannya.

Carilah jalannya .. ..

"Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar".
(Al-Ahzaab 33 : 29)

Mahu selesa di dunia pasti ada jalannya.Kena usaha dan berdoa juga.Macam mana pun usahanya kita hamba tetap sentiasa memerlukan bantuan daripadaNYA.Allah tidak izin pun tidak jadi juga.Begitu juga kalau mahu rasa selesa di akhirat..perlu diusahakan sedari hidup di dunia.Kadang kejar dunia belum tentu dapat akhirat..tapi bila kita kejar akhirat inshaAllah dapat dunia sekali.Ingat mati,ingat akhirat boleh buat kita sentiasa takut dan sedar.Sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga.Berfikir banyak kali.

Oleh kerana pahala dan dosa itu tidak terlihat,itu menjadi sebab manusia sering lalai dan ambil mudah.PC pun.Allahu.Teruskan berbuat kebaikkan. 

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt


11 comments:

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.