Setitis Air Mata

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SETITIS AIR MATA 

Jernih
Daripada siapa pun
Bila detiknya pun juga
Seperti embun yang menitis

Setitis air mata
Berbeza nilainya
Berbeza pengertiannya 
Berbeza keperitan dan kepedihannya

Setitis air mata
Mampu menjadi pemula
Pemula bahagia
Pemula bencana
Lihat puncanya 
Setitis demi setitis
Jangan biar deras

Biar telah kering setiap titisannya
Kesannya tetap terlihat jua
Kesan itu mematahkan hati 
Mengoyakkan perasaan
Walau ditutupi dengan segaris senyuman

Setitis air mata
Datangnya kerana rasa 
Daripada rasa
Menyentuh rasa

Sekian. 

#moga Allah SWT tidak berpaling

7 comments:

  1. berhentilah menangis kerana air mata itu mahal. Cuma menangis bila mengadap Allah 5X sehari tu...

    ReplyDelete
  2. Kadang sendiri lokek nak jatuhkan air mata, tapi ada ketikanya perlu agar rasa kepuasan dalam diri huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Ada kata kalau nangis itu lemah,,tapi nangis itu mengurangkan beban perasaan sebenarnya.

      Delete
  3. Ada yg berkata, adakala air mata itulah kekuatan, air mata itulah yg menjadi asbab makbulnya sesuatu doa.. subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..lebih-lebih lagi doa dan air mata ibu bapa..

      Delete
  4. aida ni pantang tgk movie sedih. bergenang aje air mata :) ha ha ha ha...
    anak-anak tau dah pe'el ibu nyer nih.
    baik citer happy. or citer sedih.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.