بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BILA NANTI
Sebelum tidur amalkan bersugi
Ikhtiar jaga gusi dan gigi
Syukuri setiap kebebasan diberi
Jangan khianati nikmat Ilahi
Main congkak banyaknya guli
Main jujur jangan membuli
Jangan marah jangan sakit hati
Silap sendiri sila akui
Langkah kanan langkah kiri
Silap langkah terseliuh jari
Bila diterima apa diberi
Berhemah berjimat biasakan diri
Balik surau cuci kaki
Susun pelita tepi tangga
Jangan ghairah lupa diri
Tetap sentiasa amalkan waspada
Jaga akhlak budi pekerti
Bukan untuk berbangga diri
Bila nanti sudah kembali
Dihadapan Allah lancar berdiskusi
Suka makan pau kacang
Kacang merah pilihan hati
Bila nanti dugaan datang
Pengalaman lepas lekatkan dihati
Sekian
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Pantun
Nikmati blogwalking sambil membaca pantun PC xD
BalasPadamhehehe..terima kasih.
PadamBila nanti dugaan datang, pengalaman lepas lekat di hati :)
BalasPadambetul sangat.
Padambelajar dari kesilapan, pengalaman yang lalu jadikan pedoman...
BalasPadambetul...supaya tidak berulang.
Padampengalaman itu yg membuatkan kita terus kuat. tanpa pengalaman kita tak akan lebih maju kedepan. :)
BalasPadamsetuju...betul sangat.
Padam