Dua KEMUDAHAN

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

DUA KEMUDAHAN | Andai ditanya,siap yang mahu kesusahan?Sudah tentu ramai yang memilih tidak mahu susah.Kalau pun tidak terlalu senang atau kaya raya,sederhana itu pun sangat baik seperti yang dianjurkan agama.Dan sebenarnya kalau kita sedang berasa susah atau sangat susah,kita sedang berada pada tahap kecukupan sebenarnya,yang mahu lagi dan lagi dan lagi itu nafsu.PC sendiri akui,sering tewas dengan nafsu.Selalu tumpas dengan ujian.

Sesiapa pun tentunya suka kalau setiap urusan dipermudahkan.Mudah yang kita mahukan dan rasakan semua dengan mahunya Allah swt juga.Boleh jadi satu masa dulu kita pernah mudahkan urusan orang..kalau belum jangan rasa terlambat maka mulakan.Jangan bangga dan riak juga kalau berasa semua perkara mudah dan lancar kerana bila-bila masa sahaja Allah boleh terbalikkan keadaan.Minta dijauhkan.Aamiin.

Dua kemudahan..

Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,Serta ia mendustakan perkara yang baik,Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
(Al-Lail 92:6 - 10)

Ringkas hidup ini.Kemudahan apa yang kita inginkan.Laluan mana yang mahu kita gunakan dan praktikkan.Allah SWT sentiasa beri kemudahan. Hati-hati la buat pilihan.. 

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama