Bosan Betullah!?!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BOSAN BETULLAH!?! |Bosan.Bosan.Bosan.Kenapa timbul rasa bosan.Kalau dalam keadaa sekarang timbul rasa bosan kerana tidak bebas mahu ke mana-mana,semuanya menjadi terbatas dan dikawal,ya,itu memang sangat diakui.Bosan?..wajarlah.Namun adakah dalam detik ini berasa bosan atau rasa bosan itu sentiasa dirasai biarpun tidak berada dikeadaan seperti sekarang ini.

Pelajaran baru yang mesti dihadam.Rutin kebebasan yang seolah diragut sangat menyentap.Semuanya menjadi seakan-akan lumpun sekelip mata.Bukan lumpuh fizikal tapi lumpuh aktiviti dan urusan yang PC maksudkan.Serba serbi menjadi tidak karuan.Buntu.Hingga timbulnya rasa bosan.Antara menikmati kebebasan dengan mempelajari mematuhi arahan demia kebaikkan dan keselamatan..yang mana lebih besar dan banyak kita telah nikmati.Bila duduk dan berfikir dengan tenang dan perhalusi lebih dalam berasa zalim PC ni.Lupa mahu bersyukur dan kufur nikmat.

Telah banyak nikmat dinikmati,bila Allah swt uji dalam keadaan sekarang masih lagi ada percikkan-percikkan negatif dan prasangka dihati pada Allah swt.Ya,Allah..lupuskan rasa ingin berkeluh kesah dihatiku Ya Allah.

Bosan betullah.Berbalik pada diri sendiri.Nak bosan atau tidak bosan berbalik pada diri kita sendiri.Melakukan sesuatu yang tidak dihajati itu menjadi punca rasa bosan segera menyelinap.Melakukan perkara yang sama juga boleh menyebabkan rasa bosan.Minat,matlamat,semangat dan niat boleh menjadi penebat atau pelupus rasa bosan yang dihadapi.Justeru itu sedari awal fikirkan dengan matang sebelum mahu lakukan sesuatu dan latih diri untuk menghakis rasa bosan dengan kaedah yang positif.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

11 comments:

  1. Betul bosan PC, sampai nak update blog pun x rajin...terpaksa update sebab tak nak blog bersawang dan hilang pengunjung...x bagus untuk Adsense..apapun kita kena terus sabar kan..hari ni dah hari ke 16 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bosan itu rasa,,naluri.dirasai setiap kita cuma sebab bosan setiap orang tak sama kan SA..PC sendiri ada masanya rasa bosan juga..bohonglah kerana PC pun manusia biasa.

      Delete
  2. lagi 12 hari je...mari lah kita bersabar..harap2 semua orang juga bersabar dan tak buat benda yang boleh menjadi penyebab kepada kenaikan mendadak kes covid 19

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.Sabar sdikit untuk nikmat yang berterusan..anggap ini satu sedekah..sedekah rasa empati.

      Delete
  3. Sabar ye PC rasanya yang sejenis bekerja ni ramai dah timbul rasa bosan tu termasuklah Mrs. A. Rindu nak rushing pagi-pagi hantar Adik gi sekolah pastu pakai cecantik hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe..nak kembali kepada rutin..kadang yang sibuk kelam kabut tu yang macam ada nikmatnya tapi buat masa ini Allah suruh kita semua belajar sabar.

      Delete
  4. bosan sgt2..ari tu sha kluar rumah pun sbb anak bklinik haha..kesian anak bru nmpk dunia luar..hahaha apapun kita bosan duk rumah sbb negara kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat juga keluar ye..demi keperluan anakkan..untuk ke klinik..alhamdulillah cuma mesti auranya berbeza.

      Delete
  5. KEBEBASAN YG DRASTIK DIRENTAP AKAN TERASA PERIHNYA BAGI MRK YG AKTIF LAKUKAN SESUATU SESUKA HATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadi satu cabarankan Kak PI,,justeru tidak hairan masih ada yang tidak mengikut arahan dengan sengaja.

      Delete
  6. buat sesuatu yg kita suka. contohnya memasak.. ataupun update blog. hehehe

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.