Header Ads

Dugaan Ini Menyeluruh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

DUGAAN INI MENYELURUH |Bila mahu memulakan perjalanan baik perjalanan jauh atau jaraknya dekat sahaja,doanya semua lancar,mudah dan selamat.Tiada apa yang tidak diingini berlaku.Sehabis mungkin segenap sudut dijaga dan perteliti.Begitulah perumpamaan mudah dalam hidup ini.Dalam hidup kita manusia dan makhluk lain juga.Mahu semuanya lancar.Mudah pada setiap apa yang mahu dikerjakan.

Tetapi tiada siapa dapat menjagka,dugaan ini menyeluruh Allah SWT beri.Adakah puncanya daripada sikap atau akhlak manusia.Atau ini sebenarnya suatu yang sudah ada namun cuma kita yang tidak pernah mahu peduli.Disaat genting sebegini baiknya semua kita muhasabah diri.Sudah tidak guna pun menuding jari sana sini.Tidak guna juga seperti mengalihkan perhatian dan rasa kerisauan yang sedang dirasai ini dengan perkara-perkara yang nampak dibolehkan tetapi tidak wajar dilakukan.

Berhenti mencabar.Kadang rasa apa yang dilakukan itu betul.Namun sedarkah kita boleh jadi apa yang sedang kita lakukan itu mencabar keadaan.Mencabar Tuhan.Walau tidak dengan kata-kata tapi mencabar dengan perbuatan.Mungkin ada yang sudah bosan dengan bingkisan-bingkisan dan kisah dan cerita tentang COVID-19 ini,namun perlu diingatkan yang manusia ini perlu sentiasa diingatkan,dinasihati.Setiap hari di kawal pun masih ada yang tetap berkeras apatah lagi kalau terus dibiarkan sahaja.Kalau tidak berkeras dengan tindakkan,bertindak dengan lisan pula.

Dugaan ini menyeluruh.Menjadi tanggungjawab semua orang menjaga kerana akibatkan bukan lagi individu tetapi boleh melibatkan lebih daripada seorang.Justeru itu jangan kata ikut suka hati.Jangan lakukan ikut gerak hati sendiri.Kecualilah memang sangat-sangat-sangat diperlukan,perlu dan tuntutan.

Sekian.

Sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

13 ulasan:

  1. bersama samalah kita memutuskan rantaian covid 19 ini..stay at home..stay safe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Moga setiap usaha kita Allah terima.

      Padam
  2. betul tu..muhasabah diri. mungkin ini akibat kita terlalu sombong dan tak syukur dgn nikmat yang Allah bagi selama ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga.Kadang dengan cara begini baru kita mula sedar..

      Padam
  3. DUGAAN ALLAH TANDA KASIH-NYA MUHASABAH DIRI SELAGI DI IZIN WAKTU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita juga semakin merapat denganNYA.

      Padam
    2. Moga kita juga semakin merapat denganNYA.

      Padam
  4. saya nak cakap saya redha pun tak berani, hati ni meronta.. hee~ tapi saya tau ujian yang Dia bagi tanda Dia sayang, Dia ingat.. Dia rindu.. semoga kita bersama-sama dapat menangani ujian ni bersama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lumrah kita manusia biasakan..macam tu juga PC..kadang hati kata redha tapi lisan bercanggah pula.Allahu.

      Padam
  5. Waktu begini seluruh dunia di uji... waktu begini terserlah segala sikap sebenar dan mentality penduduk dunia. Semoga Allah permudahkan kita semua dan bumi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh nampak warna sebenar setiap orang itu seperti apa.

      Padam
  6. Allah nak bagi bumi berehat daripada kegelojohan manusia

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..