Header Ads

Siang Meriah Lagu Raya Malam Mukhadimah Mercun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SIANG MERIAH LAGU RAYA MALAM MUKHADIMAH MERCUN |Lain memang rasa lain.Semua orang pun sedia maklum Ramadhan kali ini sangat terasa kelainannya.Bakal memasuki fasa keempat sudah ada yang memulakan pekerjaan seperti biasa setelah dicutikan pada minggu-minggu sebelum ini.Cuma mungkin waktu bekerja disingkatkan ditambah dalam bulan Ramadhan kan.Ada juga yang masih bekerja dari rumah-Work From Home(WFH).Anak-anak,adik-adik pun masih dicutikan dan tetap ada latihan atau kerja sekolah yang diagihkan melalui dalam talian atau pesanan suara dan sebagainya.Namun begitu tetap masih ada masa yang terluang.

Masa terluang diisi dengan berkaraoke seisi keluarga.Siang,jiran-jiran PC meriah lagu raya.Fuh,mencabar sungguh bila dalam tempoh PKP ini mendengar lagu raya yang mendayu-dayu.Tidak marah jauh sekali bosan cuma hati retak kelopak mata bertakung air menanti pecah.Bila sedar sedang berpuasa maka buatlah seperti tidak mendengar apa-apa.Hehe.Tapi bila dengar suara budak-budak kecik nyanyi lucu pula dipendengaran.Terhibur.

Bila malam pula.Mukhadimah mercun sudah mula ada bunga-bunganya.Mungkin baki mercun tahun-tahun sudahlah tu agaknya.Allahuakbar.SubhanaAllah.Bertambah tebal rasa sayu teringatkan keluarga di kampung.Bertambah tinggi rasa berharap agar semua ini segera berlalu.Kanak-kanak yang belum mengerti terus bernyanyi.Tersenyum gembira.Moga nanti ada sinar yang lebih terang dan pelangi indah yang terlukis dilangit Ilahi.

Sekian

sama-sama mencari redha Allah SWT

logoblog

16 ulasan:

  1. SAJA MERIAGKAN SUASANA SURAM PKP TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Pi..dalam sedih ada lucunya juga.

      Padam
  2. Walaupun tak dapat pulang ke kampung, kita boleh raya dengan cara kita sendiri


    Btw jemput join https://shalmilanadya.blogspot.com/2020/04/segmen-bloglist-2020-by-cik-miela.html

    BalasPadam
  3. Taman Sis ni dah mula ada main mercun gak, pelik mana dapat, agaknya baki tahun lepas le tu..
    Kalau lagu raya belum ada dengar, cuma dengar utube aje la buat hiburkan hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan sis.PC pun fikir macam tu juga.baki mercun tahun sudah agaknya.Hehehehe.

      Padam
  4. Ramadan kareem PC. Semoga sihat selalu.
    Kat sini masih sunyi dari bunyi mercun. Takut polis ronda barangkali. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik-baik polis tak ronda sentiasa bila dengar mercun terus kerap rondanya.

      Padam
  5. Ramadan Kareem PC. Syawal tahun ni mesti terasa lainnya.
    Dekat sini takda pun bunyi mercun bagai. Diorang elok ja duk rumah diam2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dengar lagu raya tu ok lagi bagi PC walau rasa lain je..tapi mercun ni aduh..tapi yelah hak masing-masingkan.

      Padam
  6. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini..

    BalasPadam
  7. mungkin anak2 belum kenal apa yang sedang mereka lalui masa ini PC, samalah kak ana pun masih tak mampu nak fikirkan kesayuan aidil fitri yang bakal menjelang jika di izinNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak.Bagi mereka suka-suka sahaja,tapi yang dewasa Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya bila dengar lagu raya..ingat keluarga di kampung.

      Padam
  8. Mungkin banyak new normal yang perlu kita amalkan untuk sambutan ramadan dan syawal pada tahun ini

    BalasPadam
  9. eh eh dah ada ek yang main mercun..sini belum ada lagi..sunyi sepi aje malam2...huhu

    lagu raya jangan cakap, bukan jiran yang nyanyi, hosmet ku sendiri yang nyanyi tiap hari..hahahaha

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..