Seminggu Ramadhan Tamat April

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEMINGGU RAMADHAN TAMAT APRIL |Ya Allah.Sekejapnya.Dalam pada sentiasa berhati-hati dan susah hati dalam keadaan sekarang ini,sudah seminggu rupanya kita berpuasa.Alhamdulillah.hari ini hari akhir di bulan April.Esok bermulalah hari baru di bulan Mei pula.SubhanaAllah.

Mungkin ada yang biasa-biasa sahaja sepanjang seminggu Ramadhan ini.Dalam situasi latih diri mengawal pergerakkan dan patuhi arahan serta saranan yang diberi.Ada juga yang sepanjang seminggu Ramadhan ini meharungi peristiwa besar tidak kiralah hal yang menggembirakan atau menyedihkan.

Di mana pun kita berada ketika ini,semua kita sedang berhadapan dengan isu yang sama.Merasai rasa yang mungkin juga seakan-akan sama.Ada ketikanya suatu kemanisan itu bermula daripada kepahitan yang sangat-sangat pahit.Dan adakalanya suatu kemanisan di awal-awalnya pula berhujung kepahitan dan kesakitan yang bukan calang-calang.

Semuanya menjadi rempah ratus dalam kehidupan.Ada gelombang yang sukar dijangka,ada juga gelombang yang boleh diperkira-kirakan akibatnya dan membuatkan kita bersedia walaupun mungkin peratusan ketepatannya sangat kecil dan tipis.

Seminggu Ramadhan ini moga sedikit sebanyak telah dapat mengolah jiwa dan fikiran kita menjadi lebih baik,tenang dan sabar.Moga hari-hari seterusnya semakin deras mengalirnya rahmat Allah SWT ke segenap alam ini.Dirasai dan dinikmati setiap isi buminya.Aamiin.

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah SWT

9 comments:

  1. Kejap masa berlalu, tau-tau dah seminggu...banyak yang sesuatu yang baru kita belajar...moga kita semua istiqomah dalam ibadah kita/..

    ReplyDelete
  2. Tak terasa dah seminggu kita berpuasa, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. betul tu dah seminggu dah kita berpuasa, sekejap jer masa berlalu.

    ReplyDelete
  4. betul tu pc, teringat pula pesakit2 covid19 di wad pada bulan puasa ni..dugaan besar buat mereka dan keluarga mereka...

    ReplyDelete
  5. semoga keadaan menjadi semakin lebih baik

    ReplyDelete
  6. memang sekejap je kan kak PC masa berlalu... dah seminggu kita berpuasa..

    ReplyDelete
  7. Sepanjang puasa ni cuaca pun sejuk aje
    Hari2 ada hujan.
    Syukur nikmat Allah

    ReplyDelete
  8. rempah ratus dalam kehidupan =) cantik ayat tu. salam 8 ramadhan sis..

    ReplyDelete
  9. Ramadan tahun ini pastinya ada hikmah tersendiri buat kita semua.. aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.