Header Ads

Terdahulu,Terkini

TERDAHULU,TERKINI |بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Satu kejahatan bakal memusnahkan sepuluh kebaikkan. Setitis nila membinasakan sebelanga susu.

Segelintir manusia sangat-sangat rapuh hatinya untuk melupuskan, melupakan dan menghancurkan setiap apa sahaja kebaikkan terdahulu yang pernah dan telah orang lain lakukan padanya. Manakala sesetengahnya pula sentiasa berlapang dada pada kejahatan orang lain tanpa membuang kebaikkan yang telah terpahat dihati dan fikiran. 

Kebaikkan adalah kebaikkan. Begitu juga kejahatan adalah kejahatan yang tidak boleh dicampur. Kalau mahu dicampurkan sekalipun salah satunya insyaAllah tewas.. mungkin kebaikkan terhapus kejahatan me do me as I atau kebaikkan menguasai hingga kejahatan lenyap. 

Mudahnya membesarkan atau menyebut-nyebut yang terkini itu tidak mampu disangkal. Tapi awas,kerana perilaku seperti itu tidak mustahil terjadi pada diri sendiri setelah kita perlakuan kepada orang lain. 

Jangan buang terdahulu kerana terkini. Jangan banggakan yang terkini kerana tiada yang sentiasa kekal. 

Sekian. 
Tinta Perdu Cinta ❤
Terdahulu,Terkini
logoblog

2 ulasan:

  1. Lazimnya segelintir manusia begitulah sifatnya. Kita berbuat baik setiap hari orang tak kata apa pun tapi sekali buat jahat itu ajelah yang dicanang sampai bila-bila.

    BalasPadam
  2. Tiada yang dulu... tiadalah yang sekarang...

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..