Header Ads

Pertolongan Pertama

PERTOLONGAN PERTAMAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Siapa kita. Tiada daya dan upaya untuk lakukan apa pun tanpa bantuan dariNYA. Percayalah. Kadang kita rasa orang itu, orang ini yang bantu kita. Dengan sebab itu dengan sebab ini semua berlaku, sebenarnya semua atas mahunya DIA. Ya, baik PC, sahabat blogger dan semua yang berada disekitar kita itu menyumbang dan semuanya perantara. Yang menggerakkan hati semua atas pertolongan DIA.

Pertolongan Pertama

PC selalu percaya macam ni, bila PC nak buat sesuatu atau inginkan sesuatu tentu itu Allah yang gerakkan hati PC. Dengan siapa PC nak minta bantuan atau apa sahaja itu pun Allah yang gerakkan rasa pada PC. PC yakin juga sahabat-sahabat blogger yang sudi singgah ke blog PC pun itu atas gerak rasa yang dipandu oleh Allah SWT. Ini contoh mudah. Tapi kalau rasa nak buat perkara tak baik itu memang sah daripada nafsu dan hasutan jin, syaitan dan seangkatan dengannyalah. Nauzubillah. 

Justeru sangat penting berdoa. Minta apa sahaja daripadaNYA. Biar DIA yang susun dan permudahkan jalannya dengan caraNYA yang paling indah. Selain jangan bosan usaha. Usaha tu macam kita tolong diri kita dulu. Bila kita dah tolong diri kita, Allah pandang bererti Allah tahu kita serius. Tak main-main berhajatkan sesuatu.

Berterima kasih sesama insan. Bersyukur dan berterima kasih lebih berganda kepada Allah SWT juga. PERTOLONGAN PERTAMA, DARI DIA YANG UTAMA PERTAMA.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Pertolongan Pertama



logoblog

12 ulasan:

  1. Satu tazkirah yg menusuk jiwa pd pagi Jumaat ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu. Semoga ada sedikit manfaatnya. Aamiin.

      Padam
  2. ingat lagi pesan seorang ustazah..katanya ramai yg kata "bila hidayah tu sampai nanti"..

    tp mcm mana hidayah tu nak sampai kalau kita tak minta, tak doa pada Allah untuk berikan kita hidayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Setuju. Tetap perlu ada usaha daripada kita juga.

      Padam
  3. nampak sgt kita ni makhluk yg lemah yg sentiasa dambakan pertolongan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu dan sentiasa memelukan bantuanNYA.

      Padam
  4. setiap kali nak update entri, xda idea. mesti jengah blog akak dlu. paling malas, baca posting akak. pastu lupa tinggalkan komen, lepas tu off pc. hahahaha

    BalasPadam
  5. Betul. Doa adalah senjata bagi kita. Jangan putus berdoa.

    BalasPadam
  6. Kepada-Mu kami memohon pertolongan

    BalasPadam
  7. Pertolongan yang paling utama memang wajib lah kita mohon pada yang Maha Berkuasa kan PC..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..