Header Ads

Meriah Memang Sangat Meriah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MERIAH MEMANG SANGAT MERIAH

Awal pagi sudah bersiap
Mandi-mandi pakai baju baru
Sekeluarga sudah bersiap lengkap
Rutin Syawal sedari dulu-dulu

Lari sana lari sini
Rasa terhibur melihat aksi
Tidak sedar sudah tengahari
Begitulah Syawal setahun sekali

Sambil makan sambil bersembang
Sembang kosong sembang berisi
Ada yang datang ada yang pulang
Begitulah tetamu bersilih ganti

Banyak sungguh kuih raya
Ada juga ketupat dan rendang
Suka memang suka juga
Jaga adab di rumah orang

Meriam buluh berdentam dentum
Puas dilarang semua tidak laku
Mohon maaf harap dimaklum
Pasti banyak silap laku

Meriah memang sangat meriah
Dapat berkumpul lebih meriah
Bersilaturahim ini umpama ibadah
Biar sentiasa jangan sebulan sudah

Syawal tetap Syawal walau bezanya luar biasa

Sekian.

sama-sama mencari redha Allah swt

3 comments:

  1. wow pantun ni akak yang tulis ka? letaklah nama akak kat situ.. hihi.. nice.. bilalah Tedi nak boleh berkarya macam tu... angan-angan ada tapi ke laut.

    ReplyDelete
  2. raya PKP ni kurang meriahnya.
    terutama sekali takde baraan

    ReplyDelete
  3. Tak berapa nak meriah raya tahun ni

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..