Header Ads

Mood Boleh Ke Laut Ketika Syawal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MOOD BOLEH KE LAUT KETIKA SYAWAL | Gosok baju awal-awal,gantung kemas-kemas..nak pakai tinggal ambil sahaja,,jimat masa dan tenaga lebih-lebih lagi kalau memerlukan tindakan atau geras segera.Lagi satu kaum lelaki atau sesiapa sahajalah jangan suka-suka hati dudukkan tudung orang perempuan yang dah siap-siap digosok..nak duduk di kerusi ke..dikatil ke.sila tengok-tengok dulu..harap maklum..kalau tidak nanti ada yang berdarah hati dan telinga kena semburan berbisa..ini adalah salah satu daripada penyebab mood boleh ke laut ketika Syawal.

Ada sebab lain tak?..Adalah sudah tentu..

Cirit birit.Makan macam-macam.Minum macam-macam.Semua itu cuma sebab berlaku atas izin Allah swt juga.Tapi cirit-birit ni sangat mudah berlaku dan dihadapi ramai orang ketika Syawal.Bukan dibuat-buat jauh sekali diminta.Kadang sudah berjaga-jaga eh tetap kena juga.Hehehe.Dugaan sungguh.Nak beraya pun lesu.Nak makan minum pun cuak.

Kesesakkan jalanraya.Bila Syawal..jangan kata lebuhraya sahaja alami kesesakkan lalu lintas ya..jalan kampung pun alami kesesakkan lalulintas ye..maklumlah masing-masing keluar berziarah..konvoi pulak tukan..maka tidak hairanlah berbaris kenderaan walau jalan kampung.Waktu macam nilah paling mencabar bila episod cirit-birit menyerang.

Gas habis.Kuih muih.Minuman.Memang sentiasa tersedia untuk para tetamu yang sudi datang berziarah.Hidangan lain itu pilihan tuan rumah untuk menyediakan dan meraikan tetamu yang datang.Ada orang suka nak masak-masak bila tetamu datang.Bukan menu mewah pun,,yang ringkas-ringkas pun dah memadai yang penting tidak membazir.Sedih bila tengah masak-masak gas habis.Ya Allah.Bersyukurlah kalau ada tong gas berisi lebih di rumah..mudah.Tapi kalau la tidak seindah itu..boleh terpacak keluar rambut daripada tudung yang masak kat dapur dibuatnya.Hihihi.

Bekalan air dan elektrik putus.Suasana sejuk boleh jadi panas.Keadaan tenang boleh jadi kacau bilau bila Syawal bekalan elektrik dan air terputus.Pakaian kotor yang banyak..pinggan mangkuk kotor yang bersusun..Ya Allah.Ditambah bila tetamu sentiasa berziarah..kesian mereka..air minum dah air segera..nak bagi cawan pakai buang rasa tak sampai hati la pulaknya..itu belum kes bawa balik kampung baju ngam ngam je..hihihihi..nasib la labu..sediakan minyak wangi lebih sikit ye..ha gitu.

Lucu sebenarnya.Semua ini indah untuk di kenang.Nanti mungkin akan berulang tetapi tidak akan sama.

Sekian.

#sama-sama mencari redha Allah swt

logoblog

6 ulasan:

  1. Biasa yg mengganggu mood masa raya pertama cirit birit tu la sbb mkn byk menu berempah hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cirit birit dan Syawal macam susah nak pisahkan..lebih-lebih lagi bila terlebih makan pedas dan minum air bergas..asbab yang sering terjadi.

      Padam
  2. bila sakit perut tu memang menganggu emosi sungguh

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Emosi sangat stabil raya tahun ni. Selamat Hari Raya PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah.Selamat hari raya Cik Ila.

      Padam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..