Header Ads

Sebenarnya Tidak Perlu Bercakap Pun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

SEBENARNYA TIDAK PERLU BERCAKAP PUN.Sekali. Dua kali. Tiga kali. Kalau sekali cakap terus didengari,kemudian dituruti itu rezeki. Kalau sampai Kering tekak tak berganjak..itu pun rezeki juga,rezeki minta dipiat telinga tidak pun dengan kadar segera dirukiah. 

Bukan semua perkara perlu dicakapkan. Tidak semua benda juga mesti diingatkan kerana banyak urusan mesti lahir daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab diri sendiri.Bila mana semua perlu diingatkan dan perlu orang cakap berulang-ulang kali, bererti semua hal diambil mudah dan dipermain-mainkan. 

Jemu dan marah bila dengar hal yang sama. Orang lain pun bosan melihat tiada perubahan yang dilakukan. Kalau kita peka, lihat orang jeling pada kita pun kita sudah berasakan sesuatu. Orang diamkan diri pun sudah boleh buat kita rasa bersalah. Nampak tak. Kalau kita sedar itu bahagian Dan ada tanggungjawab di situ, tidak perlu disuruh pun InshaAllah terus gerak sendiri.Betul tak.

Berbalik pada diri sendiri. 

S e k i a n

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

logoblog

3 ulasan:

  1. dalam makna kata yang lebih telus usahlah kita degil ye PC hehe :)

    BalasPadam
  2. Pokok pangkal terletak pada hati seseorang tu kan. Kalau kita berlapang dada, insyaAllah dipermudah semuanya.

    BalasPadam
  3. kalau ambik pusing dgn smua benda.. kita sendiri yg tak tenang

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..