Header Ads

Tempoh Sehingga Sembilan Jun

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TEMPOH SEHINGGA SEMBILAN JUN |Ya,semua sedia maklum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dan sedang berlangsung.Semua umat Islam sedang meraikan Syawal ketika ini.Syawal tetap diraikan walaupun masing-masing tidak dibenarkan merentas negeri.Kebenaran merentas daerah dalam negeri yang sama diperbolehkan itu pun tetap sahaja bersyarat dan ada hadnya.

Dua minggu lagi.Masih ada dua minggu lagi untuk sampai ke tempoh yang ditetapkan.Disambung lagikah tempoh PKPB atau ditematkan semuanya masih menjadi tanda tanya.Semuanya bergantung pada situasi semasa.Melihat pada kadar kes jugakan.Dan semuanya dengan mahunya Allah SWT.Barangkali sudah ada yang bosan dan jemu dengan keadaan dan menerima arahan semasa kerana ramai yang tidak lagi memakai face mask ketika keluar ke tempat awam.Sekarang masih belum berada disituasi selamat dan tidak boleh berasa selesa.

related image
Tempoh Sehingga Sembilan Jun 

Golongan dewasa jadilah contoh terbaik untuk golongan remaja serta kanak-kanak.Sama-sama saling menjaga.Kerjasama semua pihak sangat-sangat diperlukan bukan kerjasama hanya seorang individu.Satu visi atau misi itu tidak akan berjaya dan tidak akan terlaksana kalau tidak mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak.Kita jaga orang lain tidak menjada pun tidak boleh.Orang lain menjaga sedang kita tidak menjaga pun tidak menjadi juga.

Sekian

RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI

4 comments:

  1. Nampaknya hari ini kes jangkitan dah berkurangan.

    ReplyDelete
  2. Rindunya nak kembali ke sek jumpa kwn2 sekerja n anak2 murid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehingga hujung tahun ya Cikgu sekolah ditutup.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..