Blog Juga Adalah Produk Seorang Blogger

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BLOG JUGA ADALAH PRODUK SEORANG BLOGGER.mempunyai satu produk barangkali menjadi impian setiap orang.Tidak dinafikan PC pun ada impian mahu mengeluarkan produk sendiri.Kadang bila duduk sendiri niat itu datang.Seronoknya kalau ada produk tudung  atau biskut yang dikeluarkan dengan jenama sendiri.Bukan untuk menunjuk tapi sebagai satu pencapaian dan kenangan indah.Bila.Cuma Allah SWT yang tahu.

Allah SWT izin PC menjadi seorang blogger sehingga ke hari ini pun sudah besar nikmatnya.Walau banyak malas daripada rajinnya.Banyak silap daripada betulnya.Banyak merapu daripada faktanya.Allahu.Semua ini tidak akan berada di sini hingga hari ini kalau tidak Allah SWT izin dan kalau tidak kerana doa babah dan mama serta izin suami.

Ada blogger sudah mempunyai produk yang dihasilkan dengan jenama masing-masing.Alhamdulillah.Sekiranya belum,sedar atau tidak blog yang sedang dibangun dan dihidupkan hingga detik ini juga sebenarnya produk kalian.Ya,blog kalian adalah merupakan produk kalian.Jangan berasa hairan blog juga adalah produk seorang blogger.

related image

Malahan dalam produk itu ada pelbagai jenis gaya penyampaian untuk dinikmati oleh sahabat blogger yang lain.Produk tidak semestinya perlu dinikmati secara terus kepada kita,produk juga boleh sahaja dinikmati secara hanya dalam talian,atas talian atau sekadar menjadi rujukan dialam maya yang kian pesat.

Justeru tidak mustahil bermula daripada cuma penyampaian atau perkongsian melalui blog,ramai yang menerima pelbagai tawaran review,guna pakai gambar yang dikongsi dan sebagainya.baik penghasilan produk kita,makan ramaia yang mahu bekerjasama dengan kita.Blogger memperkenalkan blog melalui penulisan atau apa sahaja bahan yang dikongsi.Itu pun salah satu cara promosi.Tidak begitu.Hehehe.

Maka sehingga kini,blog masih lagi releven walau mungkin sudah ramami yang memilih youtube untuk menambah duit tabungan.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu kalau trafik byk dlm blog...boleh buat promosi kalau ada jual2 brg...masyuk jgk hehe

    BalasPadam
  2. Dulu masa saya active blogging, memang boleh buat duit, iklan tak putus2.. tapi semua tu tinggal kenangan :D

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama