Kata-kata Paling Berbisa Dan Paling Manis



KATA-KATA PALING BERBISA DAN PALING MANIS |بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Assalammualaikum wbt. Setiap patah kata itu ada maksudnya.Walau cuma sepatah perkataan sahaja pun. Ramai yang terpesona dengan kata-kata. Hanyut dengan apa yang dibicarakan. Tidak kurang ada yang berasa disakiti dan menjadi dendam juga dengan kata-kata. Siapa yang melisankan, apa yang dilisankan semua memiankan peranan dan sangat-sangat mempengaruhi. Jangan buat main-main dengan apa yang mahu dikatakan. Fikir dan pertimbangkan kesannya pada orang lain dan pada diri sendiri juga.

Kata-kata Paling Berbisa Dan Paling Manis
GAMBAR HIASAN

Kata-kata paling berbisa rasanya tidak ada siapa pun yang mahu mendengarnya. Dan tiada siapa pun yang sanggup menerimanya. Biasanya ketika berada dalam keadaan marah, nah waktu itulah kata-kata paling berbisa sangat ringan dilisankan. Lancar dan paling cepat. Seperti melibas pedang dan parang. Tapi lisan yang berbisa ini tidak melukakan luaran fizikal tetapi dalaman iaitu hati.

Ketika sedang marah siapa pun sangat sukar untuk bertenang. Satu cabaran besar tenang dan tersenyum ketika marah. Ada yang boleh melakukan begitu namun tidak ramai. Justeru mengapa sangat disarankan sebolehnya elakkan untuk marah keterlaluan dan diajar bagaiamana mahu redakan kemaran dalam Islam.

Kalau kata-kata paling berbisa sering keluar ketika marah, bagaimana pula dengan kata-kata manis. Waktu bila pula munculnya. Waktu inginkan sesuatu. Waktu inilah semua pujuk rayu keluar. Hinggakan yang dengar pun menjadi paling rimas. Waktu hati sedang paling tenang dan gembira bahagia. Ini bahaya sebenarnya kerana tidak mustahil banyak janji manis disanggupi dan disemai. Waktu sedang ada masalah dan memerlukan bantuan.Ini paling biasa dan mudah ditemui juga.

Manisnya luar biasa.Terkadang tidak sangka dengan perkataa-perkataan indah yang mampu dipilih. Hati yang mendengar pun boleh dengan mudahnya mencair. Allahu.Tanpa sebarang niat tertentu pun kita semoleknya sopan dan tertib ketika berkata-kata. Apa salahnya beradab ketika berbicara. Jaga adab dan bukan berkata-kata dengan gaya mengada-ngada menggoda. Ada bezanya.

Jagalah batas ketika berkata-kata. Ambil tahu dengan siapa kita sedang berkata-kata. Gunakan lenggok bahasa yang bersesuaian. jangan dengan kata-kata menarik kita ke lembah yang hina.

NOTA PC : insurankan mulut sendiri



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. bila marah ni kadangg perkataan pun tanpa sedar keluarlah yg tak elok.
    Ya Allah semoga kita sentiasa menjga lisan

    BalasPadam
  2. luahan kata ikut situasi n emosi kawallah hati

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama