Header Ads

Terus Lebih Bersyukur

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

TERUS LEBIH BERSYUKUR.Hari pertama dibulan Julai 2020.Tahun ini boleh dianggap tahun yang sangat mendidik kita semua bukan sahaja rakyat Malaysia sebaliknya seluruh dunia.Sehingga sekarang pun jumlah harian mangsa COVID 19 yang positif masih tetap ada,namun jumlahnya sudah jauh lebih baik.Alhamdulillah.

Kita cuma hambaNYA.Kita sedaya upaya berusaha semampu dan sebolehnya sentiasa.Dikala situasi luar jangka timbul dan menyerang tanpa sebarang amaran,kita semua menjadi satu.Hati kita menjadi seperti bulatnya air kerana pembentung.

related image

Apa yang bakal terjadi pada masa hadapan kita tidak pernah tahu.Apa.Bagaiamana.Siapa.Apa sahaja yang telah terjadi atau sedang kita lalui sekarang ini syukuri sahaja sebaik-baiknya.Banyak cara Tuhan mahu menegur kita.Banyak alasan Tuhan mahu membentuk kitamenjadi hamba yang lebih baik.Teruslah lebih bersyukur.Setengah tahun sudah berlalu.Bukan setengah tahun yang biasa-biasa dan kosong tanpa apa-apa,tetapi setengah tahun yang sangat banyak rasa,ukiran dan warnanya juga.Ya,pengalaman baru juga terkesan dihati.Allahu.

Setengah tahun berikutnya moga setiap hari yang dilalui sentiasa disulami dengan rasa bersyukur atas setiap nikmat yang diberi.Selamat datang Julai.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


logoblog

10 ulasan:

  1. syukur alhamdulillah bila hari demi hari kita lalui dalam keadaan yang kian baik, walau ujian tak pernah habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kan Kak.Berat awalnya semakin meringan dihujungnya pada setiap dugaan.Moga kita sentiasa bersyukur dalam apa pun keadaan.Aamiin.

      Padam
  2. Walau covic19 masih ada, tapi tetap bersyukur. Angka semakin mengecil. Dan byk hikmah disebalik yg terjadi. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.Masih lagi perlu berjaga-jaga.Namun penurunan angka itu semakin hari semakin melegakan.Alhamdulillah.

      Padam
  3. ALHAMDULILLAH BERSYUKUR SANGAT DENGAN NIKMAT-NYA YG MELIMPAH RUAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada satu pun mampu kita dustakan kan Kak PI.

      Padam
  4. "Apa yang bakal terjadi pada masa hadapan kita tidak pernah tahu.Apa.Bagaiamana.Siapa.Apa sahaja yang telah terjadi atau sedang kita lalui sekarang ini syukuri sahaja sebaik-baiknya.Banyak cara Tuhan mahu menegur kita.

    sangat setuju dan suka ayat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu.Terima kasih sangat-sangat Syaz.Terus tawakkal dan sabar.Aamiin.

      Padam
  5. Alhamdulillah keadaan semakin pulih hari demi hari.
    Harapnya manusia ambil iktibar atas apa yang telah terjadi.

    BalasPadam
  6. bersyukur sangat semalam 1 kes baru saje...dan ia adalah kes import..means penularan tempatan 0...hari ni, kita tunggu...

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..