بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
BIARKAN TERSEMBUNYI TANPA TANDA HARGA.Ada tanda harga itu sangat-sangat memudahkan. Mudah untuk berkira-kira. Senang mahu menyemaratakan dan mengukur kemampuan sendiri juga. Sangat penting tanda harga pada apa yang sedang dipromosikan dan ditawarkan. Itu dalam urusan bermuamalat.Namun begitu dalam hidup kita ada sebahagian hal biarkan tersembunyi kerana tiada tanda harga yang selayaknya untuk menilai akan hal tersebut.
Celik mata fikir duit. Nampak itu ini mahu dijadikan duit. Sentuh apa sahaja menjurusnya duit. Ya, duit sangat perlu untuk kelangsungan hidup. Contoh untuk beribadah haji,umrah dan korban pun perlukan modal juga.Namun ingat, hidup jangan sampai menjadi hamba duit.Cukup kita yang mengurus duit bukan duit buat kita kusut.
Kusut kadang kita yang memulakannya sendiri.Tatkala satu-satu hal itu mudah dan boleh diabaikan jangan diperbesar dan dirumitkan.Begitu juga kalau sesuatu itu sudah Allah SWT tetapkan had atau ada batasnya tolonglah jangan dipamer dan sanggup dinilaikan dengan wang ringgit.
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya.
Tags:
Santai
betul..jangan jadi hamba duit, ingat bahawa duit tu rezeki dari Allah juga...
BalasPadamSetuju.Bila-bila boleh bertambah bila-bila Allah boleh ambil semula.
PadamDuit tidak dpt mmberi kebahagiaan yg total...
BalasPadamLazimnya begitu.
Padamterima kasih atas nasihat Kak PC =)
BalasPadamAlhamdulillah sama-sama.
PadamDuit tidak menjanjikan kebahagiaan
BalasPadamtetapi takde duit jangan harap nak bahagia
Waspada.Sederhana.Syukur selalu.
PadamSetuju sgt.. duit penting tapi jngn smpi kita jadi hamba duit. Ke hulu kehilir diheret tanpa harga semata2 kerana mengejar duit, nauzubillah.
BalasPadam