Usaha Jangan Sampai Tergelincir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

USAHA JANGAN SAMPAI TERGELINCIR.Allah SWT sangat suka dan sayang pada hamba-hambaNYA yang tidak berputus asa untuk terus berusaha.Lagi-lagi kalau tidak lekang dengan berdoa meminta-minta padaNYA sentiasa.Usaha itu tidak pernah salah.Setiap usaha disertai dengan niat yang baik ada nilai yang Allah SWT akan beri pada kita.Percayalah.Kalau belum Allah SWT tunaikan,jangan fikir semuanya sia-sia.Jangan.

Usaha dan terus usaha sebolehnya sedayanya.Kuat-kuatkan.Bersungguh-sungguhnya usaha.Tapi ingat,dalam setiap usaha jangan sampai tergelincir.Tergelincir daripada niat asal yang baik.Tergelincir hingga ada niat yang hitam dan tergelincir daripada akidah juga sehinggakan mencemarkan ikatan aku janji syahadah kita.Ingat, 


Semua di dunia ini cuma perantaraan satu sama lain dan sandaran sahaja.Semuanya atas mahu dan izinnya DIA.Memang susah mahu mengasingkan rasa yang yang bermacam-macam.Susah juga mahu menepis kata-kata dan pendapat yang sangat banyak lebih-lebih lagi jika ianya senada dengan apa yang kita rasa dan fikirkan,namun perlahan-lahan terik diri agar kembali yakin padaNYA,sampai bila-bila selagi masih bernyawa.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya


16 comments:

  1. dah beberapa kali tergelincir dlm berusaha mencapai sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus bangkit nanti manisnya dikecapi.Aamiin.

      Delete
  2. Siapa yg tidak pernah berhenti berusaha, pasti akan mendapat hasilnya. In shaa Allah. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting berusaha.InshaAllah Allah beri nanti dihujungnya.

      Delete
  3. bagaimana jika telah terlanjur tergelincir, semoga akan kuat dimasa yang akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembali semula kepada DIA.Taubat dan tidak mengulagi baik dari segi perbuatan atau kata-kata.

      Delete
  4. terima kasih pc atas ingatannya...insya'Allah akan terus berusaha buat yang terbaik

    ReplyDelete
  5. Orang yang hebat berusaha ialah orang yang tergelincir tapi masih bangkit untuk berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Sekali tergelincir,dua kali ganda bangkit usaha dan seterusnya.

      Delete
  6. tq sharing :)

    shida juga byk kali tergelincir..Inshaa Allah lepas ni usaha hingga jaya.

    ReplyDelete
  7. Berdasarkan sejarah juga telah menggambarkan bagaimana kesan yg diterima bagi mereka yg tergelincir dari niat asal, terutamanya pemimpin2 dunia.. menjadi iktibar utk kita jadikan peringatan juga.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.