Ya..Yang Mahal


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

YA..YANG MAHAL

Ada rupa ada harganya.
Mahal itu mewah.
Mahal itu hebat.
Mahal itu terbaik.
Mahal itu terhad.
Katanyalah.

Ingat.
Murah itu tidak biasa-biasa semuanya.
Asal tidak murahan.

Mahal itu boleh jadi murah.
Bila tidak dijaga.
Mahal itu boleh disisih.
Bila tidak bersungguh
Mahal baharu.
Buruknya murah.

Ya..yang mahal.
Menarik perhatian.
Menambah tumpuan.
Membayangkan hebatnya tuan puan.
Sampai bila.
Tidak mungkin hingga bila-bila.

Jangan pernah lupa.
Buat-buat lupa.
Sengaja lupa.
Semua milik Tuhan.
Semua ujian.
Semua ada nilaian.
Ingat-ingat.
Ada disebut hari pembalasan.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

6 comments:

  1. Tak kisah mahal ke murah ke, kalau kita jaga elok, yang murah boleh nampak mahal, yang mahal silap-silap nampak kemurahannya kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.Mahal murah hargai kerana itu semua tetap rezeki dan semampunya kita.

      Delete
  2. Bagi saya, nilai mahal nya sesuatu tu, terletak bukan pada 'harga', tetapi pada 'nilai'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dan bagaimana kita menghargai serta menjaganya.

      Delete
  3. Mahal atau murah semuanya menjadi anugerah selagi mana sebagai amanah utk kebaikan kita semua di dunia dan membawa ke akhirat, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat.Murahkah.Mahalkah ada soalan yang perlu kita jawab nanti.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.